Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Laluan Man U ke Eropah lebih sukar selepas tewas kepada Brighton

May 06, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Peluang Manchester United untuk ke Liga Juara-Juara Eropah terkandas sedikit selepas Brighton & Hove Albion (Brighton) menjaringkan gol dramatik pada minit ke-99 menerusi penalti untuk menundukkan United 0-1 dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) pada Jumaat.



Sebaliknya harapan Brighton untuk ke Liga Juara-Juara pula kembali cerah menyusuli kemenangan mereka itu.



United masih berada di tangga keempat EPL - tempat kelayakan Liga Juara-Juara terakhir - tetapi hanya mempunyai kelebihan empat mata ke atas Liverpool di tangga kelima.



United telah beraksi 33 kali musim ini sementara Liverpool 34 kali.



Brighton, yang baru beraksi dalam 32 perlawanan berada di tangga keenam, dengan 55 mata.



Di Stadium Amex, Brighton, sebagai pasukan tuan rumah mengasak benteng United bertubi-tubi dari wisel pertama dan layak memenangi perlawanan.



Akhirnya, keputusan perlawanan ditentukan penalti, apabila pemain pertahanan United, Luke Shaw didapati menyentuh bola dalam kawasan penalti sendiri - insiden yang disemak menggunakan sistem video penolong jurulatih (VAR).



Penalti yang disempurnakan Mac Allister membuat seluruh stadium tuan rumah bergegar dengan sorakan para peminat serta rakan sepasukan lain.



Sejurus wisel penamat ditiup pengadil, sorakan pasukan dan para peminat Brighton begitu jelas - berbeza dengan perasaan sedih yang dipamerkan mereka dua minggu lalu di Wembley selepas tewas kepada United dalam separuh akhir Piala FA yang ditentukan menerusi tendangan penalti.



Pasukan itu bagai membuktikan bahawa mereka telah pun mengatasi perasaan kecewa menyusuli kekalahan kepada United dalam Piala FA yang baru lalu itu.



Brighton memberi tekanan berterusan kepada United dengan intensiti tinggi.



Brighton juga perlu berterima kasih kepada penjaga gawang mereka, Jason Steele, yang bertindak cemerlang untuk memastikan golnya tidak dibolosi United.



Sebenarnya, United juga berpeluang baik untuk memenangi perlawanan ini dan seharusnya menjaringkan gol apabila Antony membuat rembatan kencang yang tersasar sedikit sahaja, sebelum Marcus Rashford dan Antony Martial bergilir-gilir menguji benteng Brighton.



Mujur penjaga gawang Brighton, Jason Steele, bermain dengan baik untuk menghalang semua percubaan tersebut.



Pemain Brighton, Kaoru Mitoma, merembat terus ke tangan David de Gea, dan terlepas satu peluang baik selepas waktu rehat separuh masa, sementara Danny Welbeck juga tidak mengena sasaran dengan percubaannya.



Brighton terus mengasak kubu lawan sehingga hampir ke akhir perlawanan, dengan De Gea menyelamatkan gawangnya daripada percubaan Alexis Mac Allister dan Pervis Etupian.



Ini membuat United kadang kala bagai sukar untuk menyaingi corak permainan Brighton.



Corak permainan yang dipamerkan Brighton di bawah pengurus Roberto de Zerbi seolah-olah membayangkan kemungkinan pasukan itu dapat melangkah ke Liga Juara-Juara pada musim akan datang.



Sudah pasti sekiranya Brighton mampu melangkah ke Liga Juara-Juara ia menjadikan suasana lebih menarik buat kelab itu.



Minggu depan, Brighton akan bertemu Everton dan dengan semangat yang dipamerkan mereka pada masa ini, kemungkinan kemenangan mampu menyebelahi pasukan ini.



Sementara itu, United perlu bangkit dan sedar mereka masih berada dalam kedudukan baik untuk melangkah ke Liga Juara-Juara, walaupun selepas mengalami kekalahan ketujuh dalam 17 perlawanan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >