SKUAD sepak takraw lima serangkai yang dipilih mewakili Singapura dalam pertandingan Super Series Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) di Korea Selatan tetap yakin dapat mencapai matlamat melayakkan diri ke peringkat separuh akhir walaupun diundi dalam kumpulan sukar.
Singapura, yang diwakili tekong Mohamad Farhan Amran, Muhammad Asri Aron, pengumpan Muhammad Farhan Aman dan gandingan penyerang Muhammad A'fif Safiee dan Asfandi Jaal, diundi dalam Kumpulan B bersama gergasi takraw Malaysia, China dan Myanmar.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg