SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lampard kembali ke Chelsea sebagai pengurus sementara

Lampard kembali ke Chelsea sebagai pengurus sementara

Apr 7, 2023 | 5:30 AM

Lampard kembali ke Chelsea sebagai pengurus sementara

TERIMA LAMARAN: Frank Lampard (kiri) dilihat di stadium Stamford Bridge sebelum perlawanan antara Chelsea dan Liverpool pada Selasa. - Foto REUTERS
TERIMA LAMARAN: Frank Lampard (kiri) dilihat di stadium Stamford Bridge sebelum perlawanan antara Chelsea dan Liverpool pada Selasa. - Foto REUTERS -

LONDON: Frank Lampard bersetuju menjadi pengurus sementara Chelsea, lapor akhbar The Times, sedang pemilik kelab itu Todd Boehly dan Behdad Eghbali terus mencari calon paling sesuai bagi menggantikan Graham Potter.

Potter dipecat pada Ahad selepas keputusan kurang memberangsangkan menyaksikan Chelsea kini di tangga ke-11 Liga Perdana England (EPL).

Bruno Saltor, yang merupakan anggota pasukan kejurulatihan di bawah Potter, menjadi pengurus semasa Chelsea seri 0-0 dengan Liverpool pada Selasa.

Lampard, pengurus Everton sebelum dipecat pada Januari, akan kembali ke stadium di Stamford Bridge yang beliau begitu biasa kerana amat disayangi peminat Chelsea semasa beliau menjadi pemain midfieldnya selama 13 tahun.

Beliau kemudian menjadi pengurus Chelsea pada musim 2019 hingga 2021.

Lampard, 44 tahun, penjaring terbanyak Chelsea dengan 211 gol, dipecat pada Januari 2021 selepas menjadi pengurus pasukan itu dalam 84 perlawanan.

Bekas pemain antarabangsa England itu akan menggalas tanggungjawab di Chelsea lagi bagi baki perlawanan pasukan itu.

Melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim akan datang dianggap agak mustahil buat Chelsea, yang kurang 14 mata di belakang empat pasukan teratas EPL, mentelah dengan tinggal hanya sembilan perlawanan.

Bagaimanapun, peluang mereka menjuarai Liga Juara-Juara masih cerah, dengan perlawanan suku akhir menentang Real Madrid dijadualkan dalam bulan ini. - Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg