Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lampard pertahan 'sambutan gol'

Jan 16, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Chelsea Frank Lampard kelmarin mempertahankan pemainnya di tengah-tengah perbahasan berterusan mengenai pasukan meraikan gol dengan berpelukan dan bertepuk gaya 'high-five' ketika negara itu sedang melawan pandemik Covid-19.



Timbalan pegawai perubatan England menggesa pemain untuk menghentikan perbuatan kontak fizikal itu dan seorang ahli politik kanan mencadangkan kelmarin agar kad kuning dilayangkan kerana mereka yang berpelukan.



Liga Perdana mengadakan mesyuarat secara maya untuk memperteguhkan mesej bahawa protokol harus dipatuhi, tetapi Lampard sependapat dengan pengurus kelab tahap tinggi lain, menyatakan ia lebih mudah untuk berkata daripada melaksanakannya.



"Bola sepak telah dan akan selalu menjadi permainan yang mengikut naluri. Sekiranya kita ingin kecualikan naluri daripada permainan, lantas ia tidak semudah itu," katanya kepada wartawan menjelang perlawanan di Fulham hari ini.



"Pemain adalah individu baik dan mereka tidak mahu lakukan perkara yang salah.



"Dalam dunia yang sempurna, kami akan berjalan kembali ke garisan tengah padang dan mulakan sahaja semula permainan. Tetapi, ia mungkin tidak akan berlaku, dan saya tidak rasa anda boleh bulat-bulat salahkan pemain kecuali ia jelas peraturan telah dilanggar."



Pengerusi jawatankuasa Digital Budaya, Media dan Sukan (DCMS), Julian Knight, memberitahu Reuters sebelum ini bahawa berpelukan menyampaikan mesej yang salah pada waktu darurat negara dengan ramai orang perlu mengasingkan diri mereka.



"Dalam cara yang sama pengadil melayangkan kad kuning kepada pemain kerana menanggalkan baju mereka (untuk tingkah laku yang tidak bersemangat kesukanan), mereka boleh lakukan yang sama dengan perkara ini," kata Knight.



"Tentunya ia bukan bersemangat kesukanan meletakkan seseorang dalam risiko menjangkiti Covid, bukan?"



Panduan Liga Perdana untuk tingkah laku di padang menyatakan bahawa "kontak yang tidak perlu, terutama antara pasukan lawan, harus dielakkan. Ini termasuk bersalaman, bertepuk gaya 'high five' dan berpelukan".



Laporan media menyorot beberapa contoh dalam perlawanan baru-baru ini, dengan Manchester City menjadi perhatian selepas lapan pemain berkumpul untuk berpelukan ketika menyambut gol Phil Foden dalam kemenangan liga 1-0 ke atas Brighton & Hove Albion Rabu lalu.



Rakaman video juga timbul menunjukkan pasukan meraikan kemenangan di bilik salinan susulan perlawanan pusingan ketiga Piala FA.



Anggota jawatankuasa DCMS Clive Efford, dalam laporan Daily Telegraph, mengatakan sambutan tersebut adalah "hinaan kepada kakitangan NHS (Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain)".



Pengurus City Pep Guardiola berkata ia "pelik dan tidak selesa" sekiranya tiada orang menyambut bersama penjaring gol.



"Kami menjalani ujian mungkin lima atau enam kali sepanjang 10 hari lalu. Semua orang diuji negatif. Kami berada di luar di mana virus kurang agresif. Kami akan ikut apa yang dikatakan Liga Perdana tetapi saya tidak tahu sekiranya kami dapat laksanakannya," tambahnya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >