Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lando Norris ditabal juara buat kali pertama

May 6, 2024 | 1:22 PM
Pelumba McLaren, Lando Norris, ditabal juara Formula Satu (F1) buat kali pertama selepas beliau memenangi Grand Prix Miami pada 6 Mei.
Pelumba McLaren, Lando Norris, ditabal juara Formula Satu (F1) buat kali pertama selepas beliau memenangi Grand Prix Miami pada 6 Mei. - Foto REUTERS

MIAMI: Pemandu McLaren, Lando Norris, menambah namanya dalam senarai pemenang perlumbaan Formula Satu (F1) dengan kemenangan hebat dalam Grand Prix Miami pada 6 Mei, mengatasi pesaing pemandu Red Bull, Max Verstappen.

Ia merupakan satu kejayaan yang sudah lama tertunggak buat warga Britain itu yang memegang rekod bagi menempah tempat di petak podium tanpa kemenangan (15 kali), setelah menamatkan perlumbaan sebagai naib juara lapan kali dalam 110 perlumbaan grand prix.

Verstappen kelihatan seperti berada pada kedudukan baik untuk meraih kemenangan kelima dalam enam perlumbaan tetapi beliau mengalami kemalangan di pertengahan perlumbaan.

Ini membolehkan McLaren untuk mengambil kesempatan dalam tempoh kereta keselamatan, dengan Norris mendahului perlumbaan. Verstappen menamatkan perlumbaan pada kedudukan kedua.

Pemandu Ferrari, Charles Leclerc, menempah tempat ketiga menamatkan perlumbaan di depan rakan sepasukan Carlos Sainz.

“Akhirnya! Ia adalah satu kemenangan yang sudah lama ditunda. Akhirnya saya berjaya melakukannya. Saya sangat gembira untuk seluruh pasukan saya. Saya akhirnya berjaya menyampaikan satu kemenangan untuk mereka.

“Ia merupakan hari yang panjang dan perlumbaan yang sukar. Akhirnya saya menang, jadi saya sangat gembira dan bangga. Ramai orang meragui sepanjang perjalanan saya.

“Saya telah melakukan banyak kesilapan sepanjang lima tahun terakhir dalam kerjaya singkat saya, tetapi hari ini kami berjaya mendapat kemenangan,” kata Norris kepada Sky Sports.

Kemenangan Norris adalah amat dialu-alukan banyak pihak kerana musim ini dikuasai Red Bull.

Pelumba asal Britain berusia 24 tahun itu dikerumuni pasukannya dan diberi ucap tahniah oleh pemandu lain, serta sorokan daripada orang ramai, termasuk mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, di Autodrom Antarabangsa Miami ketika beliau memasuki lorong pit setelah perlumbaan tamat.

Sebelum kemenangan Norris, ia merupakan satu lagi hujung minggu yang dikuasai Red Bull apabila Verstappen mengungguli rekod masa dalam satu-satunya sesi latihan pada Jumaat dan kemudian memenangi perlumbaan pecut dan menduduki petak pertama pada Sabtu.

Juara dunia tujuh kali Mercedes, Lewis Hamilton, menamatkan perlumbaan pada kedudukan keenam sementara Yuki Tsunoda dari RB menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketujuh.

Bermula dari petak pertama, Verstappen menguasai 20 pusingan pertama perlumbaan. Namun, pelumba asal Belanda itu melakukan kesilapan pada pertengahan perlumbaan, apabila beliau terlanggar tiang yang patah dan ditinggalkan di trek. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg