Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Langgar peraturan Covid-19, 6 pemain didenda tulis karangan

Jun 8, 2020 | 5:50 PM
Bekas juara Liga Super China Shanghai SIPG menggantung gaji tiga pemainnya. - Foto REUTERS
Bekas juara Liga Super China Shanghai SIPG menggantung gaji tiga pemainnya. - Foto REUTERS -

SHANGHAI: Akibat keluar minum pada lewat malam ketika tempoh pelaksanaan peraturan pencegahan penularan Covid-19, enam pemain bola sepak China bawah 19 tahun (U19) digantung beraksi enam bulan selain didenda menulis karangan mengkritik tabiat buruk diri sendiri.

Hukuman 'unik' itu diputuskan Persatuan Bola Sepak China (CFA) dan berterusan sehingga hujung November ini selepas semua mereka didapati meninggalkan kem latihan pasukan Shanghai pada 30 Mei lalu tanpa kebenaran.

Keenam-enam pemain itu dilarang menyertai semua perlawanan dianjurkan CFA sehingga 30 November dan tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan mengikut setiap peringkat umur selain turut dijangka bakal menerima hukuman tambahan daripada kelab masing-masing.

Ren Lihao, Zhurun dan Pengh Hao digantung pendapatan oleh kelab mereka Shanghai SIPG yang pernah menjuarai Liga Super China.

"Ini kesalahan berat terhadap peraturan pencegahan wabak dan memberi kesan buruk kepada seluruh pasukan," kata CFA.

Ketua jurulatih U19, Cheng Yaodong berkata, semua pemain ini dimarah atas tindakan mereka dan disuruh menulis karangan selain ada antaranya diarahkan untuk menulisnya sebanyak dua kali.

"Selepas selesai menulis, kami membantu mereka menyelesaikannya dan mengenali kesalahan yang dilakukan," katanya.

Skuad U19 dijadual beraksi dalam saingan saingan divisyen tiga di China sebagai persiapan menjelang temasya Olimpik Paris 2024, sebelum ia ditangguhkan akibat Covid-19. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg