Kempen pasukan sepak takraw TeamSG di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 tamat di peringkat kumpulan bagi kategori Kuadran Lelaki.

Pasukan kuadran lelaki Singapura menentang Korea Selatan pada 30 September dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan.

Singapura, yang menurunkan pasukan yang menampilkan enam pemain yang kali pertama wakili negara, tewas 0-2 kepada Korea Selatan dengan keputusan 9-15, 11-15.

Kekalahan itu merupakan yang pertama daripada tiga kekalahan Singapura, yang kemudiannya tewas 0-2 kepada Indonesia dan Jepun pada 1 Oktober.

Menentang Indonesia, Singapura tewas 13-15, 5-15, manakala Jepun menang 15-5, 15-8 ke atas Singapura.

Semakan Berita Harian (BH) setakat ini mendapati atlet TeamSG telah mengumpul dua pingat emas, lapan pingat perak dan lima pingat gangsa dalam temasya tersebut.