Topic followed successfully
Go to BHkuLaporan: Ketua Fifa disiasat FBI
Premium
Laporan: Ketua Fifa disiasat FBI
Berita tentang 'siasatan skandal rasuah' timbul selepas Blatter umum letak jawatan
Jun 4, 2015 | 5:30 AM
Laporan: Ketua Fifa disiasat FBI
SEPP BLATTER -
LONDON: Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Sepp Blatter sedang disiasat Biro Siasatan Federal (FBI) Amerika Syarikat sebagai sebahagian siasatan rasuah di badan induk bola sepak dunia itu, menurut media Amerika semalam.
ABC News dan akhbar New York Times berkata FBI dan pihak pendakwa raya Amerika sedang menyiasat Blatter sebagai sebahagian siasatan melibatkan sembilan pegawai bola sepak dan lima eksekutif media/promosi sukan yang sebelum ini ditahan dan didakwa dalam skandal rasuah ratusan juta dolar.

