Topik diikuti
Pergi ke BHkuLaporte sertai City dengan rekod bayaran £57 juta
Premium
Laporte sertai City dengan rekod bayaran £57 juta
Feb 1, 2018 | 5:30 AM
Laporte sertai City dengan rekod bayaran £57 juta

SERTAI CITY: Laporte berkata beliau tidak sabar bekerja di bawah bimbingan Pep Guardiola di Manchester City. - Foto REUTERS. -
LONDON: Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City menyempurnakan perpindahan Aymeric Laporte awal pagi semalam dan dilaporkan membayar £57 juta ($105.8 juta) - rekod tertinggi kelab - mengatasi nilai £55 juta yang dibayar untuk Kevin De Bruyne pada tahun 2015.
Pemain 23 tahun itu juga muncul sebagai pertahanan kedua termahal dalam sejarah di belakang Virgil van Dijk, yang memaksa Liverpool berbelanja £75 juta untuk mendapatkannya dari Southampton awal bulan ini.
