MANCHESTER (England): Penggantungan dua tahun Manchester City dari bola sepak Eropah dibatalkan oleh Mahkamah Timbang Tara untuk Sukan (CAS) pada Isnin (13 Julai) sekali gus membolehkan kelab itu bersaing dalam pertandingan Liga Juara-Juara musim depan.
CAS memutuskan bahawa City tidak melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP) dengan menggunakan pembiayaan ekuiti sebagai penajaan.
Mahkamah tertinggi untuk bidang sukan itu juga mengurangkan denda bagi kesalahan gagal bekerjasama dengan UEFA kepada 10 juta euro ($15.74 juta) daripada 30 juta euro. - Reuters


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg