Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Lari separuh maraton demi jadi inspirasi kepada bekas pesalah

Jul 02, 2023 | 06:30 AM



Beliau benci berlari.

Tetapi, menjelang Disember, Andyn Kadir akan keluar dari zon selesanya dan berlari 21 kilometer bagi kategori separuh maraton di Maraton Singapura Standard Chartered.

Ini merupakan maraton sulungnya.

“Kerja gila” ini ingin beliau lakukan sebagai memberi inspirasi kepada bekas pesalah untuk mencapai matlamat dalam hidup mereka.

“Keluarga dan rakan-rakan saya tahu saya gila. Jadi, ia tidak mengejutkan bahawa saya akan berbuat sedemikian. Mungkin, mereka terkejut saya akan mengambil bahagian dalam pertandingan larian sebab saya benci berlari dan hingga kini masih membencinya,” kata Andyn, 38 tahun, sambil ketawa.

“Tetapi, saya tetap akan berlari dalam maraton walaupun saya tidak menikmatinya, kerana saya tahu ia baik untuk saya, untuk saya mencapai matlamat saya,” tambah beliau, yang juga seorang bekas pesalah.

Andyn terlibat dalam kegiatan kumpulan kongsi gelap termasuk bergaduh dengan anggota kumpulan berasingan semuda 15 tahun.

Beliau kemudian dijatuhi hukuman penjara tiga setengah tahun dengan enam kali sebatan rotan dan dibebaskan pada usia 20 tahun.

Kisah pahit itu bagaimanapun mengubah kehidupannya ke arah kebaikan. 

Ia bermula apabila beliau menceburi bidang kecergasan – pada awalnya sebagai instruktor kecergasan sebelum menjadi jurulatih peribadi – dan kini menubuhkan gimnasiumnya sendiri.

Diberi nama Strength Avenue, gimnasium di kawasan Boat Quay yang dibuka pada 2016 itu memberi penekanan kepada latihan fizikal yang menguatkan otot dan sendi.

Andyn juga seorang penceramah motivasi yang giat mendekati banduan, bekas pesalah dan remaja yang berisiko untuk membantu mereka membuka lembaran baru dalam hidup.

“Berlari seakan perkara jahat yang wajib untuk saya kekal cergas bagi projek lebih besar saya iaitu untuk mendaki gunung besar. Pada masa yang sama, ia adalah cara terbaik untuk saya berkembang sebagai seorang individu, memandangkan saya sedang melakukan sesuatu yang luar dari zon selesa saya,” kongsinya.

Penyertaan beliau di Maraton Singapura Standard Chartered juga merupakan sebahagian daripada latihannya untuk #ClimbForGood, satu inisiatif yang dimulakan Andyn.

Beliau menyasarkan untuk mendaki Gunung Everest menjelang 2025 untuk mengumpul dana bagi pertubuhan amal yang ada kerjasama dengannya.

Pertubuhan itu ialah Khidmat Kaunseling Muslim (MCS) dan Khidmat Masyarakat HCSA, yang membantu bekas pesalah melalui kehidupan seperti masyarakat lain.

Pada November 2022, Andyn telah mendaki gunung Ama Dablam setinggi 6,800 meter di Nepal.

Beliau bakal mendaki tiga lagi gunung setinggi 6000 meter di kawasan Himalayas dalam satu ekspedisi pada Julai. 

Ditanya mengapa memilih untuk terlibat dalam mendaki gunung, bapa seorang anak perempuan itu berkata:

“Ia mungkin berbunyi klise, tetapi setiap orang mempunyai ‘gunung’ sendiri yang perlu mereka daki. Saya suka kegiatan luar dan mendaki gunung. Jadi, saya fikir tidak salah untuk menggabungkannya.

“Apabila saya selesai mendaki gunung, saya dapat berkongsi kisah saya dan memberi inspirasi kepada generasi lebih muda atau sesiapa saja yang dapat meraih manfaat daripadanya.”

Andyn turut akan menjalankan kempen GiveAsia sehingga akhir Disember, dengan penderma boleh menyumbang kepada #ClimbForGood untuk menyokong perjalanannya berlari di Maraton Singapura Standard Chartered dan ekspedisi mendaki gunungnya.

Maraton Singapura Standard Chartered, yang bakal berlangsung pada 1-3 Disember, adalah perlumbaan maraton antarabangsa tahunan yang diadakan pada Ahad pertama bulan Disember di Singapura.

Ia adalah perlumbaan Label Emas Olahraga Dunia, dan menarik sekitar 50,000 pelari profesional, penggemar dan berlari yang secara santai setiap tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >