Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Latihan Liga Perdana S'pura riuhkan padang semula

Sep 01, 2020 | 09:04 PM



PADANG yang sebelum ini sunyi dengan kehadiran beberapa pemain bola sepak sahaja kini kembali ‘bernyawa’ dan riuh dengan suara mereka yang berlatih bersama secara sepasukan buat kali pertama dalam tempoh enam bulan.



Hujan gerimis tidak mematahkan semangat ghairah pasukan Tampines Rovers seramai 25 pemain untuk turun padang dan kembali disatukan di Stadium Our Tampines Hub pada petang Selasa (1 September).



Semasa sesi selama satu setengah jam itu, pemain bertukar tendangan bola dalam kumpulan seramai enam orang.  Ini diikuti perlawanan berskala kecil antara pasukan seramai 11 pemain, antara latihan lain.



Mulai hari ini (1 September), kelab-kelab Liga Perdana Singapura (SPL) diberi keizinan menyambung semula sesi latihan penuh.



Sejak 20 Jun lalu, apabila Singapura memasuki fasa kedua pembukaan semula bagi menangani penularan Covid-19, kelab-kelab liga setempat ini hanya dibenarkan berlatih dalam kumpulan kecil lima pemain dan tiada kontak yang dibenarkan.



Langkah keselamatan terus diamalkan dengan suhu badan pemain, jurulatih dan kakitangan diperiksa sebelum dibenarkan masuk ke stadium.



Pemain sering dinasihati agar mengurangkan kontak fizikal antara satu sama lain, dengan jurulatih The Stags Gavin Lee dilihat menyiku anak buahnya selepas tamat latihan sebagai tanda menghargai usaha mereka petang ini.



Gerakan itu secara tradisi dilakukan dengan gaya ‘high-five’.



Bilik salinan kekal ditutup dengan pemain meletakkan barangan mereka di tempat duduk penonton sambil mengamalkan jarak selamat.



Peralatan peribadi seperti air botol antara pemain, jurulatih dan pegawai juga tidak dibenar berkongsi. Peralatan latihan pula dibersihkan selepas setiap latihan.



Musim Liga Perdana Singapura (SPL) telah digantung pada lewat Mac ekoran pandemik koronavirus. 



Semasa liga digantung, Tampines Rovers sedang mendahului liga sebanyak sembilan pasukan itu dengan sembilan mata daripada empat perlawanan.



Juara bertahan, Brunei DPMM, berada di tangga keenam setelah memenangi perlawanan tunggalnya sejauh ini.



Selain bola sepak profesional, kelas senaman besar-besaran di luar, tidak melebihi 50 orang, juga dibenarkan di lebih banyak ruang di kemudahan Sport Singapore, taman dan kawasan awam HDB mulai hari ini. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >