Premium
Ingin 'acu' lebih tinggi
Selepas kaup tiga gangsa di kejohanan Asia, Kiria Tikanah damba peluang di pentas dunia
Mar 4, 2016 | 5:30 AM
BELIAU bukan sahaja menewaskan pilihan kedua dari China dalam laluan ke separuh akhir.
Malah, Kiria Tikanah Abdul Rahman, 15 tahun, mengatasi lawan lebih dewasa dan lebih sasa bagi memenangi pingat gangsa acara epee atau pedang perseorangan junior di Kejohanan Lawan Pedang Kadet dan Junior Asia di Manama, Bahrain, minggu lalu - warga Singapura dan anak Melayu pertama memenangi pingat dalam kategori ini.

