Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lawan pedang: Kiria Tikanah warga SG kedua layak diri ke Olimpik

Apr 27, 2021 | 09:35 AM



KIRIA TIKANAH ABDUL RAHMAN, pagi tadi, mencipta sejarah selepas beliau menjadi atlit lawan pedang nasional kedua dalam 48 jam untuk melayakkan diri ke Olimpik.



Mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) berusia 20 tahun itu menewaskan wakil Kazakhstan Ulyana Balaganskaya 15-13 dalam final acara epee wanita di Pertandingan Kelayakan Olimpik Asia-Oceania di Tashkent, Uzbekistan pada 26 April.



Kejayaannya diraih sehari selepas rakan sepasukan Amita Berthier memenangi acara foil wanita untuk menjamin tempat di temasya sukan yang dijadual berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos itu.



Kiria, yang menduduki ranking ke-207 di dunia, ditempatkan sebagai pilihan keenam daripada 14 peserta di Tashkent, tetapi beliau mengatasi jangkaan untuk memenangi semua enam perlawanan dan mendahului ranking di akhir pertandingan.



Juara Sukan Sea 2019 dalam acara yang sama itu menewaskan Paria Marokh dari Iran 15-10 di suku akhir, sebelum menundukkan Korawan Thanee dari Thailand 15-12 di separuh akhir.



Dalam final pagi tadi, Kiria berjaya mengatasi Balaganskaya yang menduduki ranking ke-97 di dunia, dalam perlawanan yang sengit.



Singapura kali terakhir berwakil dalam lawan pedang di Olimpic 1992, apabila James Wong dan Ronald Tan beraksi dalam acara foil dan epee di Barcelona. Namun Wong dan Tan tidak diperlukan untuk melayakkan diri bagi tempat mereka dan mendapat tiket ke Barcelona kerana adalah atlit lawan pedang terbaik negara. 



Dua lagi warga Singapura beraksi di Tashkent pada Isnin. 



Kevin Jerrold Chan mendapat tempat keenam daripada 17 peserta dalam acara foil lelaki, sementara Jolie Lee mendapat tempat keempat antara 14 peserta bagi acara sabre wanita. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >