Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lawan pedang sumbang 2 emas, Kiria dapat pujian walau raih gangsa

May 14, 2023 | 05:30 AM



DARI PHNOM PENH, KEMBOJA: GAGAL rebut kejuaraan tetapi menang pujian kerana semangat kesukanan.



Demikian semangat yang ditonjolkan atlet pedang negara, Kiria Tikanah Abdul Rahman semasa perlawanan separuh akhirnya pada Sabtu menentang rakan senegara dan juara bertahan Sukan SEA bagi acara Epee sukan lawan pedang, Elle Koh.



Dalam perlawanan itu yang mempunyai tiga pusingan, kedua-dua atlet berkongsi mata pada pusingan akhir dan bertarung untuk lihat siapa di antara mereka akan mara ke perlawanan akhir.



Semasa perlawanan, Koh dilihat memegang lutut kanannya dan berada dalam kesakitan.



Melihat keadaan itu, Kiria menghentikan perlawanan itu seketika lalu menghulurkan bantuan dengan mengambil dan menyembur sendiri ubat tahan sakit sendiri pada lutut Koh bagi meredakan kesakitannya.



Perlawanan disambung sejurus selepas itu tetapi nasib tidak menyebelahi Kiria selepas beliau tewas 11-12.



Sungguhpun demikian, beliau berkongsi pingat gangsa dengan Ivy Claire Castanos Dinoy dari Filipina, yang turut tewas dalam perlawanan separuh akhirnya.



Beliau berkata:



"Walaupun ini adalah sukan individu, (sokongan) pasukan adalah sama penting. Kami merupakan rakan sepasukan terdahulu sebelum seteru lawan."



Koh mara ke peringkat akhir di mana beliau berjaya mempertahankan mahkotanya setelah mengalahkan pesaing Vietnam, Vu Thi Hong, dengan kiraan mata 10-15 di Pusat Konvensyen Chrong Changvar.



Ini membuatnya atlet termuda - usia beliau 15 tahun - dalam acara Epee sukan lawan pedang yang telah meraih dua emas berturut-turut bagi Sukan SEA.



Koh menguasai sebahagian besar pertarungan itu dengan kecederaan pada lutut kanan namun ia tidak menghambat prestasinya.



Beliau berkata selepas acara pemberian pingat:



"Mujur kecederaan saya tidaklah begitu teruk, namun ia tetap mengehadkan pergerakan, misalnya menyangkung dan sejauh mana saya dapat pusing lutut saya. Saya rasa sangat gementar memasuki pertandingan ini kerana saya sedar orang ramai menjangkakan saya untuk mempertahan kejuaraan. Saya meletakkan tekanan pada diri saya untuk menang sekali lagi."



Seorang lagi atlet pedang lawan acara Foil perseorangan lelaki, Samuel Elijah Robson, turut mengutip pingat emas pertamanya dalam Sukan SEA.



Dia mengalahkan Tranquilan Sammuel Lopez dari Filipina dengan kiraan mata 15-3.



Ini merupakan penampilan sulung beliau dalam Sukan SEA.



Pelajar Sekolah Anglo Chinese (Bebas) berusia 17 tahun itu berkata: "Pingat emas ini merupakan berkat kegigihan sepanjang beberapa tahun yang lalu dan saya teruja untuk kecapi (kemenangan ini)."



Singapura berjaya mempertahankan kekuasaan dalam sukan pedang lawan bagi acara perseorangan Epee dan Foil Sukan SEA.



Pada Jumaat, pasukan pedang lawan turut menyumbang dua pingat emas hasil Maxine Wong bagi acara Foil wanita perseorangan dan Si To Jian Tong bagi Epee lelaki perseorangan.




"Walaupun ini adalah sukan individu, (sokongan) pasukan adalah sama penting. Kami merupakan rakan sepasukan terdahulu sebelum seteru lawan."
- Kiria Tikanah Abdul Rahman, atlet lawan pedang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >