Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

'Layari' bidang baru ketuai Lion City Sailors

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

'Layari' bidang baru ketuai Lion City Sailors

Feb 16, 2021 | 05:30 AM

MELAYARI ke kawasan asing adalah sesuatu yang Chew Chun-Liang akui beliau tidak akan pernah lakukan sebagai seorang tentera laut.

Bagaimanapun, ketua pegawai eksekutif baru Lion City Sailors (LCS) ini mengetepikan nalurinya untuk melakukan perkara sedemikian di kelab Liga Perdana Singapura (SPL) itu.

Chew, 44 tahun, menyertai Sailors 7 Disember lalu setelah dua tahun dilantik pengarah operasi Pejabat Generasi Warga Emas bagi Agensi Penjagaan Bersepadu.

Sebelumnya, beliau ialah seorang pegawai bersama Angkatan Tentera Laut Singapura selama 22 tahun dan memegang jawatan kolonel.

Semangat Chew sesuai dengan slogan kelab bola sepak swasta pertama Singapura itu, "Berlayar ke perairan yang belum dipetakan".

Bercakap kepada The Sunday Times, Chew berkata:

"Sebagai seorang tentera laut, melayari perairan yang belum dipetakan adalah sesuatu yang kami tidak akan lakukan sebab anda tidak tahu sama ada anda akan menyebabkan kapal terkandas, anda tidak tahu apa yang ada di bawah laut.

"Tetapi, apa yang cuba dilakukan Lion City Sailors adalah untuk melayari ke tapak yang belum dipetakan, yang tiada siapa berani mencuba."

Chew dan kelab itu seakan padanan yang sempurna, dengan Sailors terus mencipta sejarah sejak ia mengumumkan pengambilalihan bekas kelab SPL Home United Februari tahun lalu.

Empat bulan kemudian, mereka menunjukkan cita-cita mereka dengan menyumbang $1 juta kepada Akademi Bola Sepak LCS sebelum mendedahkan September lalu perancangan untuk membina sebuah kemudahan latihan bernilai $10 juta tahun depan.

Bulan lalu, ia mencatat rekod yuran pemindahan termahal dalam SPL dengan menandatangani pemain midfield Brazil Diego Lopes untuk $2.9 juta - menjadikannya pemain bernilai jutaan dolar pertama dalam bola sepak Singapura.

Chew telah sebelumnya menyokong Police Football Club, yang kemudian berubah menjadi Home United dan Sailors, semasa zaman politekniknya dan minat beliau terhadap kelab itu bertambah ketika beliau pertama kali didekati untuk peluang pekerjaan ini.

Chew, peminat tegar kelab Championship Blackburn Rovers, kagum setelah mengetahui pelaburan dan visi yang "belum pernah terjadi sebelumnya" hartawan Forrest Li untuk kelab yang beliau mengerusi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3