Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KESIHATAN MENTAL

Lebih 15 tahun Shakir bergelut dengan berat badan

Menyusuli pengunduran bintang Jepun Naomi Osaka daripada kejohanan Grand Slam tenis Terbuka Perancis baru-baru ini, kesihatan mental para atlet menjadi perbualan hangat dalam kalangan penggiat sukan. Isu kesihatan mental dianggap sebagai satu topik larangan dalam dunia sukan di mana para atlet sering dilihat sebagai wira di mata awam. ZULAIQAH ABDUL RAHIM (zulabr@sph.com.sg) menyorot isu kesihatan mental bersama juara dunia silat Singapura Shakir Juanda dan bagaimana para atlet boleh mendapatkan bantuan di kala tertekan.
Jun 09, 2021 | 05:30 AM



TURUN naik, turun naik.



Begitulah pertarungan juara dunia silat Singapura Shakir Juanda bergelut dengan berat badannya.



Sepanjang kerjayanya bergelar atlet silat nasional selama 15 tahun, Shakir, 33 tahun, telah bertanding dalam pelbagai kelas berat daripada kelas C (55 hingga 60 kilogram) hingga ke kelas J (90 hingga 95 kilogram) dan tekanan untuk menurun atau menaikkan berat badan membeban beliau secara fizikal dan mental.



Ini terutamanya sukar pada tahun-tahun awal dalam sukan itu apabila beliau diletakkan untuk bertanding dalam kelas C setelah menyertai skuad senior silat nasional.



Ketika itu, Shakir hanya berusia 17 tahun.



Sebelumnya, di peringkat junior, beliau bersaing dalam kelas yang sesuai dengan berat badannya - secara purata 75 kilogram.



Shakir, pemenang dua kali Kejohanan Silat Sedunia, mengalami kesukaran mencari cara sihat untuk mencapai berat badan yang sepatutnya untuk bertanding.



Ini termasuk mengambil laksatif dan kerap kurang minum air supaya beliau dapat menurunkan berat badan sebanyak yang mungkin.



"Saya fikir pengalaman saya adalah teruk sebab ia seperti satu penderitaan untuk menurun berat badan sebanyak 20 kilogram untuk satu pertandingan," kata Shakir kepada Berita Harian.



"Untuk cuba turunkan berat badan, pada tengahari atau 1 petang, saya akan memakai jaket peluh dengan dua atau tiga helai baju di dalam dan berlari anak selama sejam atau sejam setengah untuk hilangkan berat air (dalam badan) sebanyak yang mungkin.



"Apabila saya pulang dan timbang berat badan saya dan dapat tahu saya turun dua kilogram, saya rasa gembira....Tetapi, saya juga tahu ia membahayakan."



Walaupun berjaya mencapai matlamatnya, Shakir, kini seorang pengurus persembahan sukan di Institut Sukan Singapura (SSI), akur tindakannya itu menjejas mood dan persembahan beliau dalam latihan.



"Saya akan mudah rasa marah dan apabila orang cuba bercakap dengan saya, saya akan berdiam diri dan berada dalam zon saya. Saya hanya berbual dengan orang sekiranya saya mahu.



"Persembahan saya semasa latihan juga terganggu. Saya mudah rasa letih," jelas penerima Anugerah Belia Singapura pada 2015 itu.



Bagi melayakkan diri untuk bertanding dalam kelas berat lebih tinggi di Sukan SEA 2009, Shakir pula harus menaikkan berat badannya.



Meskipun gembira tidak perlu menjaga pemakanannya dan boleh makan apa sahaja yang beliau mahu, Shakir berkata menaikkan berat badan juga menimbulkan cabaran kerana pada satu masa "badan anda akan menolak kalori makanan yang berlebihan".



Berlatih dua hingga tiga kali seminggu juga tidak membantu proses penambahan berat badan itu, katanya lagi.



Demi mencapai kecemerlangan sukan, tekanan sebegini sudah menjadi lumrah seorang atlet.



Namun, Shakir menekankan bahawa apa yang penting adalah untuk para atlet memiliki sistem sokongan yang kuat.



"Sokongan moral adalah sangat penting. Saya mendapat sokongan moral daripada keluarga, jurulatih dan rakan-rakan. Mereka yang memberi banyak sokongan dan membantu saya dalam apa sahaja cara yang mereka boleh," ujar juara kebangsaan 13 kali itu.



"Dan untuk anda sendiri, anda harus yakin pada diri sendiri, percaya pada diri sendiri untuk melakukannya dan percaya pada proses itu."



Daripada pengalaman tersebut, Shakir menambah beliau meraih banyak pengajaran mengenai risiko kesihatan dan cara pemakanan yang betul.



Ditanya pula mengenai bintang tenis Naomi Osaka yang menarik diri daripada Terbuka Tenis baru-baru ini kerana tidak mahu menghadapi sidang media atas sebab kesihatan mentalnya, Shakir akur bahawa para atlet perlu mendengar badan dan minda masing-masing.



Senasib, Shakir terpaksa menarik diri daripada skuad Sukan SEA 2015 akibat kecederaan lutut meskipun ingin beraksi dalam sukan temasya yang diadakan di padang sendiri.



Sekiranya beliau pilih untuk terus bertanding, kecederaan itu berisiko membawa kemudaratan pada jangka panjang dan memusnahkan kerjaya silatnya.



"Saya tahu pertandingan itu sangat penting dan bagus untuk saya. Tetapi,saya harus memikirkan tentang masa depan saya," tambahnya.




PRESIDEN HALIMAH SENTUH MENGENAI KESIHATAN MENTAL YANG MENIMPA NAOMI OSAKA



''Saya sangat menghormati Naomi Osaka. Juara Grand Slam empat kali itu menarik diri dari Terbuka Tenis Perancis baru-baru ini kerana masalah kesihatan mental. Pasti sangat sukar baginya untuk membuat keputusan sedemikian di awal kerjayanya. Namun ia satu keputusan yang tepat serta memberi isyarat kuat kepada jutaan orang yang bergelut dengan kesihatan mental bahawa adalah okey untuk meninggalkan sekitaran yang toksik dan bertekanan tinggi, meskipun ia akan menyebabkan anda ketinggalan di belakang buat sementara waktu. Melindungi minda untuk penggunaan sepanjang hayat lebih baik daripada memikirkan tentang kejayaan atau pencapaian pada masa ini yang sebenarnya toksik bagi anda. Ramai yang menunggu terlalu lama untuk berbuat demikian, yang merugikan mereka dana keluarga mereka. Dalam semua situasi, keluarga dan masyarakat harus menghulurkan sokongan sepenuhnya. Kita boleh mengharungi pandemik ini dengan menunjukkan lebih banyak empati, kepedulian dan kebaikan hati kepada keluarga kita dan orang lain dalam masyarakat. Sentiasa bermula dengan diri kita. Layan orang seperti mana kita sendiri mahu dilayani. Saya mengharapkan yang terbaik untuk Naomi Osaka dan mereka yang senasibnya. Saya memiliki kepercayaan tinggi terhadap kekuatan semangat manusia.''
- tulis Presiden Halimah Yacob dalam posnya di Facebook mengenai kesihatan mental pada Ahad lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >