Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih 260,000 peminat hadiri perlumbaan Grand Prix F1 S’pura

Sep 17, 2023 | 7:44 PM
PERTARUNGAN SENGIT: Pemandu Ferrari Carlos Sainz mendahului rakan sepasukan Charles Leclerc dan George Russell dari Mercedes pada awal perlumbaan di litar jalanan Marina Bay pada Ahad. Lebih 260,000  penonton menghadiri Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura 2023.
PERTARUNGAN SENGIT: Pemandu Ferrari Carlos Sainz mendahului rakan sepasukan Charles Leclerc dan George Russell dari Mercedes pada awal perlumbaan di litar jalanan Marina Bay pada Ahad. Lebih 260,000 penonton menghadiri Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura 2023. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Lebih 260,000 penonton menghadiri perlumbaan Grand Prix (GP) Formula 1 (F1) Singapura 2023 di Marina Bay, mengatasi jangkaan awal penganjur.

Pada Ahad, penganjur mengumumkan semua tiket habis dijual.

Menyusuli itu, ia mengeluarkan kenyataan bahawa seramai 264,108 peminat menghadiri perlumbaan di litar jalanan Marina Bay dari Jumaat hingga Ahad.

Jumlah penonton di GP Singapura edisi ke-14 pada 2023 bagaimanapun tidak seramai jumlah rekod 302,000 penonton selama tiga hari yang dicatat pada 2022.

Antara sebab jumlah penonton pada 2023 lebih rendah ialah kerana tempat duduk yang disediakan telah dikurangkan.

Ini menyusuli penutupan grandstand Bay – bagi sebahagian pelan pembangunan semula The Float di Marina Bay.

Menurut penganjur, tiket penjualan awal bagi perlumbaan 2024 juga telah habis dalam masa tiga hari pertama.

Sementara itu, baki tiket bagi perlumbaan 2024 akan dijual lagi mulai 26 September ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg