DANA yang mencecah $371,000 - termasuk daripada penjualan 26 tiket penerbangan, sumbangan penaja, derma dan wang yang terkumpul daripada lelongan barangan - berjaya dikumpul Persatuan Disleksia Singapura (DAS) bagi membantu kanak-kanak daripada keluarga susah yang mengalami disleksia serta perbezaan pembelajaran khusus (SpLD) yang lain.

Jumlah itu terkumpul melalui acara Golf Amal & Makan Malam yang julung-julung kali diadakan di Tanah Merah Country Club minggu lalu.