Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA

Lebih banyak latihan, persiapan sekiranya Sukan SEA ditangguh

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



PENANGGUHAN Sukan SEA tahun ini di Hanoi akan memberi lebih masa untuk berlatih, kata atlet dan badan sukan yang bakal bertanding di acara dwitahunan itu, bahkan menyatakan keselamatan kekal menjadi keutamaan di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Namun, sekiranya ia diteruskan seperti dijadual tahun ini, mereka tetap bersedia untuk bersaing.



Status penganjuran Sukan SEA ke-31 itu, yang dijadual berlangsung mulai 21 November hingga 2 Disember ini di Vietnam, kekal menjadi tanda tanya selepas satu mesyuarat Persekutuan Sukan SEA yang diadakan kelmarin.



Ini berikutan laporan media yang meluas mengenai keputusan Vietnam untuk menangguhkan acara sukan itu kepada 2022.



Menurut AFP, penerbitan berita Vietnam Phap Luat Online melaporkan bahawa Jawatankuasa Olimpik Nasional (NOC) Vietnam telah mengemukakan surat kepada rakan sejawat rantaunya mencadang penangguhan edisi acara tahun ini kepada Julai 2022 "akibat situasi rumit pandemik Covid-19" sebelum mesyuarat kelmarin.



NOC Vietnam menyuarakan kebimbangan mengenai kebolehlaksanaan mengadakan temasya sukan dwitahunan itu tahun ini sedang rantau itu bergelut dengan lonjakan kes Covid-19 dalam beberapa minggu ini.



Acara sebanyak 40 sukan yang dipertandingkan itu dijangka menampilkan lebih 10,000 atlet, jurulatih dan peserta lain.



Namun, laporan media Malaysia Bernama mengatakan lapan daripada 11 negara bertanding menolak cadangan penganjur untuk menangguhkan temasya sukan itu.



Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria kelmarin berkata: "Lapan negara menolak cadangan itu termasuk Malaysia, dua negara termasuk Vietnam menyokongnya manakala Laos tidak membuat keputusan."



ESPN, memetik kata presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina Abraham Tolentino, mengatakan Brunei, Cambodia, Indonesia, Malaysia, the Philippines Singapore, Thailand dan Timor Leste mengundi menentang penangguhan itu, sementara Vietnam dan Myamnar bersetuju untuk acara tersebut ditunda.



Tolentino menambah tuan rumah akan membuat keputusan muktamad minggu depan.



Tarikh Julai yang dicadang NOC Vietnam menimbulkan masalah bagi negara seperti Singapura dan Malaysia kerana Sukan Commonwealth berprofil tinggi di Birmingham dijadual berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos.



Seorang jurucakap Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC) memberitahu Berita Harian:



"NOC Vietnam mempertimbangkan maklum balas NOC, serta kalendar temasya sukan utama yang padat pada 2022.



"NOC Vietnam seterusnya akan meneruskan perbincangan dengan pihak berkepentingan tertentu mereka mengenai pilihan yang ada. Kami menunggu maklumat terkini mereka mengenai keputusan bagi Sukan SEA ke-31."



Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau'ddin Yacoob Marican menyatakan ia lebih baik untuk menangguhkan Sukan SEA tahun ini demi keselamatan semua kontinjen Team Singapore.



Ini lebih-lebih lagi dengan varian virus baru yang mudah dijangkiti dan sukar dikesan.



Pasukan silat Singapura mengutip dua pingat emas, satu pingat perak dan dua pingat gangsa di Sukan SEA 2019 di Filipina.



"Ia juga akan memberi atlet silat kami lebih banyak masa untuk teruskan latihan intensif mereka. Meskipun persiapan kami bermula awal tahun ini, pelan dan program latihan sedikit terganggu oleh Fasa Dua Kewaspadaan Dipertingkat.



"Apapun, atlet kami bersedia untuk beraksi dan memberi yang terbak dalam Sukan SEA akan datang."



Sependapat, pemenang pingat emas sambo di Sukan SEA 2019, Nazri Sutari yakin "apa sahaja keputusan yang dibuat Vietnam adalah untuk kepentingan terbaik semua".



"Sebagai seorang atlet, saya fikir saya tidak terjejas dengan penangguhan itu. Sekiranya apapun yang terjadi, ia memberi saya lebih banyak masa untuk berlatih dan membuat persiapan agar saya dapat melakukan yang terbaik," tambah beliau, yang akan mewakili Singapura dalam sukan gusti dalam edisi Sukan SEA kali ini.



Kes Covid-19 di Vietnam telah meningkat sejak hujung April mencapai lebih 9,000 kes, menurut AFP.



Agensi berita itu juga menyatakan bahawa Vietnam mempunyai vaksinasi per kapita terendah di Asia Tenggara, dengan hanya kira-kira 1 peratus penduduknya divaksinasi sejauh ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >