Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FLOORBALL

Lebih banyak peluang bermain, berlatih di luar negara

Langkah Persatuan Floorball SG baiki tahap permainan susulan Kejuaraan Dunia Ke-13
Dec 09, 2021 | 05:30 AM



PEMAIN floorball nasional akan diberi lebih banyak peluang bermain dalam liga setempat dan dihantar menjalani kem latihan di luar negara sebagai langkah meningkatkan mutu permainan susulan Kejuaraan Floorball Dunia ke-13.



Pasukan wanita negara, yang menyertai Kejuaraan Floorball Wanita Dunia di Uppsala, Sweden, dari 27 November hingga 5 Disember lalu, hanya mampu mengakhiri kejuaraan dengan menduduki tempat ke-14.



Wanita Sweden muncul juara buat kali kelapan berturut-turut selepas mengalahkan Finland.



Singapura tewas di tangan Estonia dalam perlawanan bagi menentukan tempat ke-13 pada 2 Disember lalu selepas menang sekali, seri sekali dan tewas dua kali dalam perlawanan peringkat kumpulan.



Misi mereka dalam kejuaraan kali ini adalah menduduki tempat ke-12, ranking yang pernah dicapai dalam Kejuaraan Dunia di Switzerland pada 2019.



Pasukan lelaki pula, yang bertanding dalam Kejuaraan Floorball Lelaki Dunia Di Helsinki, Finland, dari 3 hingga 11 Disember, akan menyertai perlawanan bagi menentukan ranking yang sedang berlangsung pada masa ini.



Matlamat yang ditetapkan bagi pasukan lelaki adalah menjadi pasukan terbaik dari Asia untuk melayakkan diri ke Sukan Dunia 2022 di Amerika Syarikat.



Memandang ke hadapan, pengurus besar Persatuan Floorball Singapura (SFA), Wendy Kuan, berkata: "Dengan mengambil kira sekatan perjalanan selama dua tahun dan ketiadaan pertandingan antarabangsa selama dua tahun, keputusan dan persembahan pasukan boleh dikatakan cukup baik.



"Kami sudah merancang memberi pemain nasional lebih banyak peluang bermain dalam liga perdana floorball setempat dan menghantar mereka menjalani latihan di luar negara untuk meningkatkan tahap permainan mereka."



Mengulas persembahan pasukan nasional, konsultan jurulatih kededua pasukan wanita dan lelaki negara, Timo Suonpaa, yang berasal dari Finland, berkata pertahanan pasukan wanita kelihatan agak kukuh.



"Benteng pasukan wanita nasional agak kukuh tetapi masih banyak boleh dilakukan untuk meningkatkan kecekapan membawa bola," terang beliau kepada Berita Harian menerusi e-mel.



Penyerang negara, Siti Nurhaliza Khairul Anwar, yang menjaringkan satu gol dan satu assist dalam kejuaraan kali ini, menambah bahawa secara keseluruhan, pasukan nasional menunjukkan persembahan yang baik.



"Ia satu pengalaman yang menarik. Saya rasa pasukan mempamerkan persembahan yang baik.



"Walaupun kami terpaksa membuat persiapan di bawah banyak sekatan gara-gara Covid-19 dan dikumpulkan dengan negara yang lebih kuat dan berada di kedudukan lebih tinggi, kami tidak menyerah begitu sahaja dan memberi tentangan yang hebat.



"Saya rasa satu aspek yang boleh diperbaiki adalah kemampuan teknikal dan menjaringkan gol.



"Kami perlu bekerja lebih keras memperbaiki pukulan untuk memanfaatkan peluang yang terbuka dan menunjukkan persembahan lebih baik pada 2023," katanya, yang kembali ke Singapura petang Selasa.



Singapura dijadualkan menjadi hos Kejuaraan Floorball Wanita Dunia pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >