TAHNIAH PEMENANG! Tetamu terhormat kejohanan, CEO Hab Sukan Singapura, Oon Jin Teik (kanan) dan pengarah eksekutif SDSC, Cik Kelly Fan (kiri), bergambar dengan pemenang acara perlumbaan 800 meter T20 - pemenang pingat emas, Nurnabila Abdullah dari Sekolah Senior Delta (tengah), pemenang pingat perak Sunandi Gurung dari Sekolah Metta (dua dari kanan) dan pemenang gangsa Rachel Tan, juga dari Sekolah Metta. -
SIAP BERLUMBA: Atlit perlumbaan kerusi roda (dari kiri) Dr William Tan, Norsilawati Sa'at dan Chua Meng Koon, bersiap sebelum acara mereka. -
GEMBIRA ATASI BARISAN PENAMAT: Muhammad Fhairulniza Fhaidil meraikan kejayaan memenangi acaranya. Pelajar dari Sekolah Senior Delta ini menyertai dua acara - 800 meter dan 1,500 meter T20. -
LOMPATAN BERSEMANGAT: Atlit Paralimpik Rio 2016, Suhairi Suhani, mencatatkan jarak 5.72 meter dalam acara lompat jauh T20. Bakat beliau mula 'ditemui' di kejohanan inilah sekitar 10 tahun lalu. - Foto-foto DAVID TAN / SDSC -
SEMANGAT BERKOBAR-KOBAR: Muhammad Sufian Abdullah (tengah) dari Sekolah Lighthouse mendapat bimbingan seorang pegawai semasa bersaing bagi acara 100 meter kategori T11-13. Di kiri ialah Jason Gan dari Sekolah Vokasional Mountbatten, yang tampil dalam kategori II2 yang diperkenalkan buat pertama kali. - Foto STEVEN HEE / SDSC -
CUBA DAN CUBA LAGI: Atlit lompat jauh, Rini Elyani Jummuslaidi dari Sekolah Grace Orchard (kiri), mendapat kata-kata perangsang daripada seorang pegawai medik yang bertugas. -

Kejohanan Atletik Nasional bagi atlit berkeperluan khas anjuran Majlis Sukan Golongan Kurang Upaya Singapura (SDSC) mengorak era baru apabila ia dianjurkan buat pertama kalinya di Stadium Negara yang baru di Hab Sukan Singapura baru-baru ini. Kejohanan kali ini menampilkan seramai 108 peserta yang beraksi dalam 37 acara trek dan padang - antaranya jaguh lompat jauh Paralimpik, Suhairi Suhani, dan para-atlit veteran berpengalaman, Dr William Tan. Kejohanan turut membuka peluang kepada beberapa muka baru menunjukkan bakat mereka dalam sukan-para. Satu acara baru - kategori II2 (Kurang daya Intelek 2) turut diperkenalkan bagi individu yang mempunyai palsi serebrum dan kurang daya intelek memenuhi potensi sepenuh mereka melalui bersukan. Berikut warna-warni kejohanan itu.