Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih ramai penonton bagi acara sukan selaras kelonggaran SG

SPL benarkan 75% penonton dari kapasiti stadium; ragbi HSBC akan benarkan penonton makan, minum di tempat duduk
Apr 2, 2022 | 6:23 AM
SUASANA MERIAH AKSI RAGBI: Pemain Kenya, Samuel Oiech, bergambar dengan penonton di Tujuh Sepasuk HSBC Singapura di kejohanan itu di Stadium Negara pada 2016. Kejohanan terkemuka itu kembali lagi di Singapura pada tahun ini dan akan membenarkan sehingga 12,000 penonton setiap hari. - Foto fail.
SUASANA MERIAH AKSI RAGBI: Pemain Kenya, Samuel Oiech, bergambar dengan penonton di Tujuh Sepasuk HSBC Singapura di kejohanan itu di Stadium Negara pada 2016. Kejohanan terkemuka itu kembali lagi di Singapura pada tahun ini dan akan membenarkan sehingga 12,000 penonton setiap hari. - Foto fail. -

LEBIH ramai penonton kini dibenarkan berada di stadium bagi menyaksikan perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL).

Dan mereka juga dibenarkan makan dan minum di kawasan khas yang disediakan.

Bermula semalam, bilangan penonton di penonton di stadium dinaikkan sehingga 75 peratus kapasiti stadium.

Ini bermakna, dua perlawanan semalam - antara Hougang dengan Albirex Niigata di Stadium Hougang boleh menerima sehingga 2,250 penonton sementara perlawanan antara Lion City Sailors dengan Balestier Khalsa di Stadium Jalan Besar boleh menempatkan sehingga 4,500 penonton.

Sehingga 3,750 orang pula dibenarkan menonton perlawanan derby Timur antara Geylang International dengan Tampines Rovers di Stadium Tampines di Our Tampines Hub hari ini.

Dalam kenyataannya kelmarin, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata perubahan itu adalah selaras dengan Langkah Pengurusan Selamat (SMM) dipermudah yang berkuatkuasa sejak 29 Mac.

Dalam pada itu, makan dan minum di kawasan yang diperuntuk bagi tujuan itu kini dibenarkan semasa perlawanan SPL, kata FAS.

Individu dibenarkan makan dan minum di tempat yang disediakan dengan melaksanakan jarak selamat dan dalam kumpulan tidak melebihi 10 orang.

Makan dan minum di tempat duduk penonton masih tidak dibenarkan, kata FAS.

Ini adalah selaras dengan panduan bagi SMM yang dikeluarkan oleh Sport Singapore (SportSG) pada 27 Mac, kata FAS lagi.

Menambah, FAS berkata penonton bola sepak di stadium juga tidak perlu mematuhi jarak selamat di stadium, tetapi mereka digalak memakai pelitup.

Semua penonton harus telah divaksin sepenuhnya, kecuali kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.

Namun, kanak-kanak sedemikian harus ditemani seorang dewasa yang telah divaksin sepenuhnya untuk dibenarkan masuk, kata FAS.

Dalam pada itu, penganjur pertandingan Ragbi Tujuh Sepasuk HSBC Singapura turut mengumumkan kelmarin, sehingga 12,000 penonton sehari akan dibenarkan menyaksikan perlawanan ragbi di Stadium Negara.

Mereka dibenar makan dan minum di tempat duduk.

Bercakap dengan The Straits Times, seorang jurucakap penganjur berkata ini adalah kali pertama sejak Covid-19 bermula, di mana makanan dan minuman dibenarkan semasa menyaksikan acara sukan utama.

Setiap penonton perlu menyerahkan hasil negatif ujian pantas antigen (ART) sebelum dibenar masuk ke stadium.

Ini boleh dilakukan di dalam talian dan mereka perlu menunjukkan bukti penyerahan berupa resit e-mel di pintu masuk.

Semasa berada di tempat duduk penonton, mereka pula dihadkan kepada kumpulan lima orang dan perlu mematuhi langkah jarak selamat.

Tiket bagi pertandingan yang berlangsung 9-10 April itu bermula dari harga $25 bagi belia dan dari $49 bagi dewasa. Ia mula dijual 10 pagi, Ahad ini, kata penganjur.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg