Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA KERANJANG

LeBron dinama Atlet Terbaik 2020 oleh majalah Time

Dec 12, 2020 | 05:30 AM



LOS ANGELES: LeBron James, yang merangkul kejuaraan NBA bersama Los Angeles Lakers dan menubuhkan kumpulan untuk melawan penindasan pengundi, dinamakan Atlet Terbaik 2020 oleh majalah Time kelmarin.



Pengiktirafan dari Time itu muncul beberapa hari selepas James dinamakan Atlet Terbaik Sport Illustrated - senarai yang juga menampilkan atlet aktivis setelah tahun 2020 menyaksikan gerakan Black Lives Matter melingkupi sukan bersama masyarakat Amerika Syarikat yang lain.



Time memuji inisiatif James, More Than a Vote (Lebih Daripada Undian), sebuah organisasi bukan untung bertujuan tidak menyokong calon tetapi mendorong warga kulit hitam dan orang lain menggunakan hak mereka untuk mengundi.



Time berkata bahawa kumpulan itu menggalak penggunaan arena sukan sebagai tempat mengundi - menawarkan ruang yang lebih besar untuk membolehkan penjarakan sosial semasa pandemik koronavirus - dan membantu merekrut lebih 40,000 pekerja pilihan raya seluruh negara.



"Pada setiap langkah, James menyokong usaha itu dengan merekrut rakan atlet, mempromosikan More Than a Vote kepada lebih 48 juga pengikutnya di Twitter dan menjadikan dirinya sebagai papan iklan dengan memakai baju Vote or Die! (Undi atau Mati!) ke latihan," tulis Time.



"Ia adalah contoh tertinggi profil dalam lonjakan aktivisme yang tersebar di seluruh dunia sukan pada 2020."



Mengingati keengganan ikon NBA yang terkenal Michael Jordan untuk berbicara mengenai isu politik dan sosial, Time mengatakan bahawa James telah "mewujudkan paradigma baru, di mana pengaruh komersial wujud di samping prinsip politik.



"Beliau tetap menjadi salah satu pemain terbaik dunia, menyokong Nike, AT&T, Walmart dan jenama utama lain. Dan dia telah membuang pemikiran lapuk bahawa penglibatan politik dan sosial adalah gangguan bagi atlet."



Majalah itu berkata bahawa semasa perjuangannya menjulang kejuaraan NBA keempatnya, James mendahului liga dengan "assist" buat pertama kali dalam kerjayanya, dan kejayaannya secara serentak di dalam dan di luar gelanggang menunjukkan bahawa atlet "kini dapat membawa kemanusiaan penuh mereka ke dalam permainan mereka" .



"James telah berjaya di gelanggang dan dunia perniagaan pada tahun 2020, tetapi sebab terbesar beliau mendapat pengiktirafan sebanyak yang beliau miliki kini adalah kerana beliau menggunakan kejayaan itu untuk menjaga mereka yang pernah mengalami kesusahan dalam hidup seperti mana yang beliau pernah lalui," kata Time. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >