Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA KERANJANG

LeBron dinobat pemain terhebat NBA

Feb 10, 2023 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Legenda dan bintang Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) menobatkan LeBron James sebagai pemain terhebat liga itu kelmarin, setelah bintang Los Angeles Lakers berusia 38 tahun itu menjadi penjaring terbanyak liga.



James mengatasi rekod mata NBA yang dipegang Kareem Abdul-Jabbar dengan mencapai 38,388 mata kerjaya, satu mata lebih banyak daripada Kareem.



Beliau mengatasi rekod itu selepas menjaringkan mata pada suku ketiga perlawanan menentang Oklahoma City, yang menang 130-133 Selasa lalu.



Pesuruhjaya NBA Adam Silver berkata: "Ia adalah pencapaian tinggi dan menggambarkan kecemerlangannya yang berterusan selama 20 musim dalam liga. Dan ia agak menakjubkan kerana LeBron terus bermain di peringkat elit dan sejarah bagi bola keranjangnya masih ditulis."



Seorang legenda Lakers yang sudah bersara dan bekas rakan sepasukan Kareem dalam kelab kejuaraan 'Showtime' Lakers pada 1980-an, Magic Johnson, kagum melihat James mengatasi mata jaringan Kareem.



Dalam catatan menerusi Twitter, Johnson berkata: "Tidak pernah seumur hidup saya, saya terfikir akan melihat dua atlet NBA menjaringkan lebih 38,000 mata!"



Dalam video yang dimuat naik ke Twitter, Kevin Love, bekas pemain Cleveland Cavaliers dan rakan sepasukan James dalm pasukan Olimpik 2012 Amerika Syarikat, berkata:



"Ini kehebatan sebenar. Saya bersyukur dapat menyaksikan dan menjadi sebahagian daripada perjalanan anda. Sejarah telah tercipta.



"Tidak boleh dipertikai bahawa James telah menjadi yang terhebat sejak sekian lama."



"Hakikat James dapat lakukan apa yang beliau telah lakukan selama 19 tahun, saya tidak rasa ada sesiapa dapat melakukannya lagi," tambah Love. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >