Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LEEDS LWN CHELSEA

Leeds tidak gentar berentap dengan Chelsea

Aug 21, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Empat mata daripada dua perlawanan pertamanya merupakan satu permulaan 'impian', kata pengurus Leeds United, Jesse Marsch.



Jurulatih asal Amerika itu merupakan pilihan pengamat untuk menghadapi tekanan musim ini setelah kehilangan beberapa pemain utama termasuk Kalvin Phillips dan Raphinha.



Namun, pasukan Marsch telah menunjukkan prestasi dan persembahan yang baik, untuk menang 2-1 menentang Wolves dan seri 2-2 dengan Southampton.



Bagaimanapun, Marsch enggan terbawa-bawa dengan permulaan tersebut.



"Musim masih panjang dan dalam bola sepak anda tidak boleh bersikap puas hati," ujarnya.



"Kami sedar musim ini akan menjadi lebih sukar dan mencabar, justeru para pemain tahu penting untuk kami bermain dengan baik dan memungut seberapa banyak masa sedang kami menunjukkan prestasi yang baik itu, kerana tempoh-tempoh sukar pasti akan datang," katanya, secara realistik.



Tempoh sukar itu mungkin datang malam ini (9 malam, waktu Singapura) apabila Chelsea bertandang ke Elland Road.



"Chelsea adalah pasukan yang baik, antara yang terhebat di England dan Eropah. Kami menghormati mereka, tapi kami juga tidak takut dengan mereka. Itu mesej saya kepada para pemain," ujar beliau lagi.



Pengamat bola sepak, Paul Merson, berkata beliau suka apa yang beliau lihat dalam pasukan Leeds di bawah kepimpinan Marsch. Namun, pada masa yang sama, beliau lebih kagum dengan corak permainan Chelsea.



"Mereka mendominasi permainan, kukuh di bahagian pertahanan, mantap di bahagian 'midfield' dan bertenaga di bahagian sayap. Secara teknikal, Chelsea adalah pasukan yang amat baik sekali. Apa yang mereka kurang ialah penyerang bertaraf dunia," ujarnya.



Bagaimanapun, seorang lagi pengamat, yang juga bekas pemain Chelsea, Andy Townsend, berkata meskipun tanpa penyerang bertaraf dunia, mereka mempunyai tenaga penggempur yang cukup berbisa untuk menghukum benteng pertahanan Leeds.



"Saya rasa kelemahan Leeds ialah di benteng pertahanan, tidak semestinya bahagian pertahanan tetapi kehilangan Phillips adalah sesuatu yang belum dapat diganti. Beliau memberi perlindungan yang baik kepada bahagian pertahanan," katanya.



Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, pula enggan melayan perbualan mengenai kelemahan Leeds.



Menurutnya, beliau mendekati setiap perlawanan dengan fokus kepada kekuatan pasukannya.



"Kami perlu bangkit daripada kekecewaan (perlawanan seri menentang Tottenham Hotspur) dan pemain juga merasakan perlunya mereka membuktikan sesuatu.



"Dalam perlawanan menentang Leeds, kami hanya akan fokus pada diri sendiri''. - Agensi berita.




"Kami sedar musim ini akan menjadi lebih sukar dan mencabar, justeru para pemain tahu penting untuk kami bermain dengan baik dan memungut seberapa banyak masa sedang kami menunjukkan prestasi yang baik itu, kerana tempoh-tempoh sukar pasti akan datang.''
- Pengurus Leeds United, Jesse Marsch.




"Kami perlu bangkit daripada kekecewaan (perlawanan seri menentang Tottenham Hotspur) dan pemain juga merasakan perlunya mereka membuktikan sesuatu.

Dalam perlawanan menentang Leeds, kami hanya akan fokus pada diri sendiri.''

- Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >