Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Legenda bola keranjang NBA Dikembe Mutombo meninggal

Oct 1, 2024 | 3:23 PM
Selepas bersara pada tahun 2009, Dikembe Mutombo menjadi duta global pertama NBA dan membantu mempromosikan sukan itu di Afrika
Selepas bersara pada tahun 2009, Dikembe Mutombo menjadi duta global pertama NBA dan membantu mempromosikan sukan itu di Afrika - Foto NYTIMES

WASHINGTON: Pemain legenda bola keranjang Amerika Syarikat yang namanya tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran Bola Keranjang negara itu, Dikembe Mutombo, meninggal dunia pada usia 58 tahun akibat barah otak, dedah Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) pada 30 September.

Digemari ramai peminat, pemain tengah asal Congo itu dipilih sebagai NBA All-Star sebanyak lapan kali kerana bentuk badannya yang luar biasa.

Setinggi 2.18 meter, Mutombo merupakan salah seorang pemain pertahanan yang menggerunkan lawan. Beliau meraih gelaran pemain bek terbaik sebanyak empat kali.

“Dikembe Mutombo lebih besar daripada kehidupan. Di gelanggang, beliau adalah salah seorang pengadang pukulan dan pemain pertahanan terhebat dalam sejarah NBA. Di luar pertandingan, beliau curahkan hati dan jiwa untuk membantu orang lain,” kata pesuruhjaya NBA Adam Silver dalam satu kenyataan.

Keperibadian Mutombo yang suka bergaul - serta isyarat jari yang merupakan ciri khasnya - menjadikannya kegemaran peminat. Beliau bermain selama 18 musim dengan enam pasukan berbeza, dengan purata 9.8 mata dan 10.3 lantunan setiap perlawanan. Beliau muncul dalam Final NBA dua kali.

Selepas bersara pada 2009, beliau menjadi duta global pertama NBA dan membantu promosikan sukan itu di Afrika.

“Dikembe Mutombo kagum dengan kekuatan pengaruh dan impak positif permainan bola keranjang kepada masyarakat, terutama di Republik Demokratik Congo dan di seluruh benua Afrika,” kata Silver.

“Beliau sentiasa mudah didekati di acara NBA selama bertahun-tahun - dengan senyumannya yang menawan, suaranya yang bergema dan isyarat jari khasnya yang membuat beliau dikagumi peminat bola keranjang setiap generasi.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg