Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Legenda bola sepak Argentina Diego Maradona meninggal dunia

Nov 26, 2020 | 01:11 AM



 



 



BUENOS AIRES: Bintang bola sepak Diego Maradona, yang dianggap antara pemain terbaik dalam sejarah, telah meninggal dunia pada usia 60 tahun.



Bekas kapten dan pemain midfield Argentina itu mengalami serangan jantung, menurut peguamnya.



Maradona baru sahaja menjalani pembedahan untuk mengeluarkan gumpalan darah di otaknya pada awal bulan ini dan sedang dirawat bagi ketagihan arak.



Beliau memimpin Argentina sebagai kapten semasa ia memenangi Piala Dunia 1986 dan memahat namanya dalam sejarah dengan persembahan individu yang cemerlang.



Dalam kenyataannya, Persatuan Bola Sepak Argentina berkata ia amat berdukacita dengan pemergian seorang legenda.



“Anda akan sentiasa berada di  jiwa kami.”



Maradona turut menyarung jersi Barcelona dan Napoli dalam kerjayanya, memenangi dua kejuaraan Serie A bersama kelab dari Italy itu.



Beliau menjaringkan 34 gol dalam 91 perlawanan bagi Argentina dan mewakili negaranya di empat Piala Dunia. 



Pada separuh kedua kerjayanya, Maradona bergelut untuk mengatasi ketagihan dadah dan digantung selama 15 bulan selepas diuji positif pada 1991. Beliau bersara pada usia 37 tahun, pada 1997.



Beliau melanjutkan kerjaya dalam bola sepak sebagai jurulatih di peringkat kelab dan nasional, di mana beliau memimpin Argentina ke Piala Dunia 2010 di mana ia tewas kepada Jerman di suku akhir. 



Beliau juga pernah menguruskan pasukan di Amiriah Arab Bersatu dan Mexico dan sedang berkhidmat dengan kelab Gimnasia y Esgrima di Argentina semasa meninggal dunia. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >