SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Legenda ragbi Jonah Lomu meninggal mengejut

Legenda ragbi Jonah Lomu meninggal mengejut

Nov 18, 2015 | 11:55 AM

Legenda ragbi Jonah Lomu meninggal mengejut

Gambar fail menunjukkan mendiang Jonah Lomu beraksi bagi pasukan All Blacks pada 2000. Gambar AFP
Gambar fail menunjukkan mendiang Jonah Lomu beraksi bagi pasukan All Blacks pada 2000. Gambar AFP -

WELLINGTON: Legenda ragbi, Jonah Lomu, yang dianggap sebagai bintang global pertama sukan itu sebelum penyakit ginjal mengakhiri kerjayanya, meninggal dunia secara mengejut pada awal pagi Rabu (18 Nov) pada umur 40 tahun, umum keluarga pemain itu dan Ragbi New Zealand (NZR).

"Saya boleh mengesahkan bahawa Jonah Lomu meninggal dunia pagi ini... ia tidak dijangka, Jonah dan keluarganya pulang dari UK malam tadi," kata jurucakap keluarga bekas pemain All Blacks itu, Encik John Mayhew, kepada stesen televisyen TV3, lalu menangis.

Ketua Eksekutif NZR, Steve Tew, menulis dalam tweeter: "Kami semua terkejut dan sangat sedih akan pemergian mengejut Jonah Lomu." - AFP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg