Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Legenda Scotland, Man U Denis Law alami demensia

Aug 21, 2021 | 5:30 AM
DENIS LAW: Memenangi anugerah pemain terbaik dunia Ballon d'Or pada 1964. - Foto fail Manchester United
DENIS LAW: Memenangi anugerah pemain terbaik dunia Ballon d'Or pada 1964. - Foto fail Manchester United -

LONDON: Pemain bola sepak bertaraf legenda dari Scotland yang pernah juga menjadi bintang di Manchester United - Denis Law - didiagnos mengalami demensia.

Berusia 81 tahun, Law berkata beliau mengalami penyakit Alzheimer's dan demensia saluran darah.

Law bekas pemain bola masyhur terkini mendedahkan beliau mengalami penyakit yang mengurangkan fungsi otak.

Bekas rakan sepasukannya di United, Sir Bobby Charlton, tahun lalu juga didiagnos menghadapi penyakit sama.

"Perjalanan ini tidak mudah, lebih-lebih lagi bagi orang paling menyayangi anda," kata Law.

"Saya tahu penyakit ini amat menyakitkan dan keadaan saya akan kerap berubah... jadi saya mohon orang di sekeliling saya supaya bersabar dan bersikap lebih memahami.

"Ia akan mengubah kelakuan saya dan menjejas daya ingatan saya... saya tidak tahu mengapa ini berlaku.

"Tetapi saya ingin memberi penjelasan ini kepada semua orang sekarang, sedang saya masa boleh bercakap secara begini kepada anda."

Law, yang memenangi anugerah pemain terbaik dunia Ballon d'Or pada 1964, mewakili Scotland 55 kali dan menjaringkan 30 gol bagi negaranya untuk memahat namanya dalam sejarah sebagai antara pemain terbaiknya.

Bersama Charlton dan George Best di Old Trafford, Law juga menyerlah sebagai anggota penting trio United Trinity.

Law, yang memulakan kerjaya di Huddersfield Town, juga menyarung jersi Manchester City dan menyertai Torino di Serie A Italy.

Beliau memenangi satu Piala Eropah, dua kejuaraan England dan Piala FA dalama kerjaya 11 tahun di Old Trafford.

"Denis Law akan sentiasa diingati sebagai salah seorang legenda kelab ini dan semua orang di Manchester United mengucapkan yang terbaik baginya.

"Kami tahu penyokong kami di serata dunia juga berpendapatan demikian," ujar United. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg