Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Leicester cicir mata, West Ham menyerlah

Sep 18, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Brendan Rodgers yakin pasukannya, yang dianggotai ramai pemain muda, akan belajar daripada pengalaman membiarkan Napoli kembali menyamakan kedudukan meskipun pasukannya itu berada dalam posisi selesa dengan dua gol di hadapan.



Dalam perlawanan pembukaan Liga Europa di King Power Stadium itu, pemain Napoli, Victor Osimhen, menjaringkan dua gol dalam separuh masa kedua setelah Ayoze Perez dan Harvey Barnes memberi Leicester City kelebihan 2 gol.



Osimhem menghasilkan percubaan cantik yang memperdayakan penjaga gawang Leicester, Kasper Schmeichel, untuk merapatkan jurang sebelum menyempurnakan comeback pasukan Italy itu dengan tandukannya yang menemui sasaran pada minit ke-87.



"Kesilapan kami bukan kerana melepaskan kelebihan dua gol, tetapi ia satu jenayah jika kami tidak belajar daripada pengalaman ini. Saya pasti, pasukan kami yang dibarisi pemain muda akan belajar daripada kesilapan mereka," ujar beliau.



Perez membuka tirai jaringan dengan tendangan volley daripada hantaran silang Barnes sebelum pemain sayap itu sendiri menjaringkan gol kedua tidak lama selepas itu.



Pasukan tuan rumah tampak berada dalam kedudukan baik dalam kumpulan C, namun Osimhein menghancurkan harapan pasukan Foxes itu, dengan pemain midfield, Wilfred Ndidi turut dilayangkan kad merah.



"Tentunya saya kecewa dengan keputusan malam ini tetapi kami mempunyai beberapa babak perlawanan di mana kami bermain dengan baik sekali," ujar Rodgers.



"Dua gol yang kami jaringkan amat menyerlah dan kami juga mempunyai gol yang tidak dibenarkan kerana offside.



"Mungkin, pada separuh masa kedua, kami mula letih terutama pada babak-babak akhir perlawanan. Jadi kami perlu memperbaiki kelemahan ini, pastikan kami menguasai bola untuk tempoh yang lebih lama. Jika kami lakukan itu, kami tidak akan lekas letih," ujarnya.



Rodgers menekankan:



"Mentaliti pemain dan tenaga serta usaha kami adalah baik. Sayang, kami tidak dapat menyempurnakan tugas," tambahnya lagi.



Sedang Leicester tercicir mata, satu lagi kelab England, West Ham, menikmati malam Eropah yang memberangsangkan dengan pengurus David Moyes berkata beliau teruja dengan potensi pasukannya itu setelah menang di Dinamo Zagreb, juara liga Croatia.



Michail Antonio dan Declan Rice kededuanya menjaringkan gol dalam perlawanan yang dikuasai pasukan London itu.



Kemenangan 2-0 itu bermakna, anak buah David Moyes mengekalkan rekod tidak pernah kalah bagi musim ini.



"Zagreb mempunyai sejarah yang kaya dalam bola sepak Eropah jadi kami tahu ini adalah perlawanan yang sukar.



"Tapi saya benar-benar teruja dengan prospek pasukan ini. Mereka hanya akan menjadi lebih baik. Kami memperkenalkan beberapa pemain baru dalam pasukan malam ini, tetapi persembahan pasukan tetap pada tahap yang tinggi," ujarnya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >