Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Leicester City tewas di tangan Aston Villa, kekal dalam zon relegasi

Apr 06, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Leicester City, yang tanpa pengurus dan kekal dalam zon relegasi, kini berada di tangga ke-19 dalam Liga Perdana England (EPL) - dua mata daripada zon selamat selepas tewas 2-1 kepada Aston Villa di tempat sendiri pada Rabu.



Kelab itu, yang dikenali sebagai The Foxes, kelihatan bersedia untuk menyerikan perlawanan tetapi akhirnya membolosi gol pada minit ke-87.



Ini adalah perlawanan kedua berturut-turut Leicester membolos gol lewat.



Pada Sabtu lalu, dalam perlawanan terakhir Rodgers sebagai pengurus, mereka ditewaskan Crystal Palace 2-1 melalui jaringan Jean-Philippe Mateta pada minit ke-94.



Jurulatih pasukan utama Adam Sadler dan jurulatih penjaga gol Mike Stowell mengambil alih Leicester ketika menentang Villa.



Penyerang Aston Villa, Ollie Watkins, menandakan penampilan ke-100nya dalam EPL dengan meletakkan pasukannya di hadapan dengan gol kelapannya dalam 10 penampilan musim ini.



Villa hanya membolos gol sekali dalam lima perlawanan sebelum ini tetapi Harvey Barnes berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-35 selepas beliau memotong masuk ke bahagian tengah padang dari sayap kiri.



Pemain tengah Leicester, Dewsbury-Hall, kemudian dibuang padang pada minit ke-70 selepas dilayangkan kad kuning kedua, enam minit selepas kad kuning pertama dilayangkan kepadanya.



Leicester hanya mampu bertahan sehingga pemain gantian Bertrand Traore menjaringkan gol kedua Villa tiga minit sebelum sepenuh masa.



Harapan Leicester dibangkitkan dengan kemungkinan mereka akan diberikan penalti selepas pemain gantian, Patson Daka, dikasari Watkins. Tetapi pengadil Graham Scott mengubah fikirannya selepas merujuk pada video penolong pengadil (VAR).



Dengan hanya berbaki sembilan perlawanan, nasib Leicester kekal di tangan sendiri dengan lima perlawanan menentang pasukan yang berada di tangga terendah EPL - bermula dengan kunjungan Bournemouth, yang berada di tangga ke-18, pada Sabtu.



Ia tidak pasti jika Leicester akan melantik pengurus baru untuk menggantikan Rodgers.



"Sehingga kami mendengar secara berbeza, Mike dan saya akan terus memberikan segala-galanya untuk kelab ini.



"Kami sudah lama di sini, kami tahu pemain dengan baik dan mereka mengenali kami - jadi jika kami yang akan mengambil alih, kami akan memberikan segalanya untuk kelab," kata Sadler.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >