Topic followed successfully
Go to BHkuLeicester lonjak ke tangga kedua selepas atasi Villa
Premium
Leicester lonjak ke tangga kedua selepas atasi Villa
Sep 15, 2015 | 5:30 AM
Leicester lonjak ke tangga kedua selepas atasi Villa

RAIKAN KEMENANGAN: Wira gol kemenangan Leicester, Nathan Dyer (kiri), meraikan kejayaan pasukannya dengan penjaga gawang, Kasper Schmeichel. - Foto REUTERS -
LEICESTER: Selepas terkial-kial sepanjang musim lalu, Leicester City melonjak ke tangga kedua Liga Perdana England ini - di belakang pendahulu, Manchester City - apabila meneruskan permulaan cemerlang musim baru ini dengan kemenangan 3-2 ke atas Aston Villa dinihari semalam.
Kemenangan itu juga memastikan pasukan bergelar The Foxes itu kekal - bersama-sama City - sebagai dua pasukan yang masih belum kalah selepas lima perlawanan awal musim ini.
