Premium
Leicester terus mara
Mar 16, 2016 | 5:30 AM
WIRA LEICESTER: Pemain Leicester City asal Jepun Shinji Okazaki (tengah) merai jaringan bagi pasukannya ke atas Newcastle United di Stadium King Power. - Foto AFP -
DENGAN musim berbaki lapan perlawanan, Leicester City kini bak di awang-awangan.
Kemenangan 1-0 ke atas Newcastle United semalam bukan sahaja memberinya kelebihan lima mata ke atas pesaing terdekat Tottenham Hotspur di puncak Liga Perdana England, malah memperkukuh kedudukannya dalam laluan bersejarah meraih kejuaraan di akhir musim.

