Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki bersenjata ancam bintang Barcelona Aubameyang, rompak barang kemas

Aug 31, 2022 | 5:30 AM
Pierre-Emerick Aubameyang. - Foto EPA-EFE/AFP
Pierre-Emerick Aubameyang. - Foto EPA-EFE/AFP -

BARCELONA: Pemain Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang, menjadi mangsa rompakan bersenjata di rumahnya pada awal pagi Isnin, kata kelab Sepanyol itu.

"Beliau okay sekarang, takut tapi tidak lagi dalam bahaya," kata sumber Barcelona kepada AFP, mengesahkan laporan media.

Sekurang-kurangnya empat lelaki memecah masuk ke rumah penyerang itu di Castelldefels, dekat Barcelona menerusi taman dan mengancam Aubameyang dan isteri dengan menggunakan senjata api dan batang besi sebelum memukulnya, lapor El Pais.

Kumpulan perompak terbabit melarikan diri dengan kereta selepas memaksa penyerang Gabon itu membuka peti keselamatan dan merompak barang kemas di dalamnya, lapor akhbar itu.

Jurucakap polis Catalan, Mossos d'Esquadra, mengesahkan mereka sedang menyiasat satu rompakan ganas di Castelldefels, tetapi enggan mendedahkan identiti mangsa kerana ia maklumat sulit.

"Siasatan masih dijalankan dan kami sedang mengumpul maklumat," katanya kepada AFP.

Insiden berlaku ketika Aubameyang dikaitkan dengan kepulangan semula ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Chelsea menunjukkan minat.

Beliau menyertai Barcelona dari Arsenal Februari lalu selepas dikatakan bertengkar dengan pengurus Gunners, Mikel Arteta, kerana masalah disiplin. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg