Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK: PEMAIN SAILORS SERTAI BENGKEL CELIK KEWANGAN SGX CARES

Lepas tawaran biasiswa pemain remaja, Sailors anjur bengkel celik kewangan untuk bintang utama

Sep 05, 2022 | 05:30 AM



SEDANG pasukan utama Lion City Sailors menumpu merebut kejuaraan Liga Perdana Singapura (SPL) kedua berturut-turut, kelab itu juga sibuk di luar padang.



Satu-satunya kelab bola sepak yang diswastakan di sini telah mengumumkan kerjasama penting untuk kedua-dua pemain remaja serta profesionalnya untuk membantu pembangunan peribadi mereka baru-baru ini.



Bagi pemain muda kelab itu, satu biasiswa ditawarkan untuk membolehkan mereka memadankan kemajuan bola sepak mereka dengan kemajuan akademik di St Joseph's Institution (SJI) International.



Biasiswa Pembangunan Elit SJI International-Lion City Sailors diwujudkan melalui derma yang tidak ditentukan daripada Sea, syarikat yang dimiliki oleh pengerusi bilionair Sailors, Forrest Li.



Kumpulan pertama penerima biasiswa akan mendaftar pada Januari 2023 dan program ini bakal memberikan peluang bagi mereka yang terpilih untuk mengambil pendaftaran awal bagi Perkhidmatan Negara (NS).



"Ini akan menambah skala dan kepelbagaian kepada program biasiswa kami yang sedia ada sambil kami berusaha untuk menyediakan pelajar yang layak peluang untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat pembelajaran, perkhidmatan dan kecemerlangan SJI International," kata pengerusi SJI International, Roy Quek.



Li menambah SJI International berkongsi kepercayaan Sailors bahawa usaha sukan boleh seiring dengan kejayaan akademik, dan mereka berbesar hati untuk bekerjasama dengan mereka dalam inisiatif itu.



Dalam pada itu, Isnin lalu, bintang pasukan utama Sailors telah mengambil bahagian dalam bengkel celik kewangan dengan SGX Cares - inisiatif sukarelawan jangkauan Bursa Singapura (SGX) - selepas sesi latihan pagi di pusat latihan kelab bersepadu mereka yang baru dibuka di Mattar Road.



Lebih 20 pemain Sailors, termasuk bintang skuad bola sepak negara Hariss Harun, Shahdan Sulaiman, Song Ui-young dan Hassan Sunny, menghadiri bengkel itu.



Bengkel pertama dari empat siri itu dikendalikan oleh jurulatih akademi SGX, Chua I-Min, yang membimbing mereka mengenai asas perancangan kewangan dan pelaburan.



Hariss, 31 tahun yang juga kapten bola sepak negara, berkata: "Ia adalah sesi yang membuahkan hasil dan sesuatu yang kami perlukan, kerana saya telah berkecimpung dalam bola sepak selama beberapa tahun dan saya telah melihat pemain sebelum saya dalam situasi yang tidak begitu baik (kewangan)... Bengkel ini boleh membantu pemain merancang untuk kerjaya mereka (selepas kerjaya bola sepak)".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >