PARIS: Barisan serangan Perancis menunjukkan taring 10 minggu sebelum mereka menjadi tuan rumah Euro 2016 apabila mereka mengalahkan Russia 4-2 dalam satu perlawanan antarabangsa kelmarin.
Dalam perlawanan bola sepak yang pertama di Stade de France sejak serangan maut pada November lalu di Paris, pasukan Perancis, yang mendapat julukan Les Bleus, mempamerkan persembahan menarik dan menjaringkan gol melalui N'Golo Kante, Andre-Pierre Gignac, Dimitri Payet dan Kingsley Coman - empat hari selepas menewaskan Belanda 3-2 di padang lawan.