Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG SUKAN SEA 2022 : ATLET TUMPUAN

Letitia senyap-senyap cipta nama di AS

Apr 24, 2022 | 05:47 AM



LAHIR di Singapura tetapi dibesarkan di Amerika Syarikat, di mana bapanya bertugas, perenang Letitia Sim mungkin nama yang asing kepada ramai penyokong sukan itu.



Apakan tidak, gadis berusia 19 tahun itu belum pernah mewakili negara di pertandingan antarabangsa.



Namun, Sim telah secara senyap-senyap mencipta gelombang di Amerika, menduduki tempat ketiga dalam acara kuak dada 100 meter wanita di Kejohanan Big Ten Conference Februari lalu. Beliau juga memegang tiga masa terpantas bagi kuak dada 100 meter wanita di Singapura.



Rekod nasionalnya, 1 minit 7.86 saat, malah mengatasi masa kemenangan Sukan SEA 2019 dan menandingi rekod masa 1:08:50 yang dicatat juara tiga kali Phee Jinq En dari Malaysia, dan akan meletakkan beliau di kedudukan kelima di kedua-dua Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada 2018.



Apa yang menarik adalah Sim tidak segan-segan meluahkan cita-citanya untuk tampil cemerlang di Sukan SEA di Hanoi bulan depan.



Dalam satu wawancara Zoom bersama The Straits Times (ST), beliau berkata: "Saya benar-benar ingin lakukan sesuatu yang menggemparkan, meletakkan nama saya di peringkat antarabangsa dan membantu Team Singapore memenangi beberapa pingat."



Tetapi Sim, yang penglibatannya dalam sukan bermula dengan gimnastik dan kemudian golf, hampir tidak menjadi perenang disebabkan "halangan mental yang besar".



Atlet setinggi 1.70 meter dan seberat 68 kilogram itu ketawa sambil menceritakan:



"Adik perempuan saya, Levenia, mula berenang dahulu kerana doktor kata ia membantu asmanya. Saya akan hanya duduk dan tonton dia berenang. Saya selalu ingin mencuba tetapi saya takut menyelam dan melakukan pusing membalik (flip turn)."



"Saya takut kepala saya terhantuk dan saya juga takut membuat kuak lentang sebab saya bimbang terlanggar dinding kolam renang. Tapi, saya mengatasi ketakutan itu dengan cepat."



Dan sejak itu, pasangan adik-beradik perempuan itu - Levenia berumur 15 tahun, dan mereka juga mempunyai seorang abang, Padraic, 21 tahun, yang bermain golf - mula melatih dan membina asas mereka bersama-sama di kelab TNT Swimming.



Sim berhenti bermain golf di usia 15 tahun untuk fokus sepenuh masa pada sukan renang.



Pada 2020, ibu bapa beliau, keduaduanya warga Singapura, menghubungi Persatuan Renang Singapura untuk meneroka kemungkinan Sim untuk mewakili Singapura.



Sim, yang menuntut di Universiti Michigan sejak Ogos lalu, menambah:



"Saya belum pernah bertanding di peringkat antarabangsa tapi ia adalah sesuatu yang sentiasa saya ingin lakukan dan saya fikir berlumba untuk Singapura di temasya utama akan menjadi detik yang menakjubkan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >