Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lewandowski pertajam jentera serangan Barcelona

Jul 21, 2022 | 5:30 AM
TENAGA PENGGEMPUR BARU BARCA: Lewandowski menyertai pasukan barunya Barca dalam persiapan pramusim di Amerika Syarikat. - Foto AFP
TENAGA PENGGEMPUR BARU BARCA: Lewandowski menyertai pasukan barunya Barca dalam persiapan pramusim di Amerika Syarikat. - Foto AFP -

BARCELONA: Robert Lewandowski telah menyertai Barcelona dengan bayaran pemindahan 50 juta euro ($71.24 juta) menerusi perjanjian hingga 2027, kata kelab Sepanyol itu kelmarin.

Barca mengeluarkan kenyataan mengesahkan pemindahan tiga hari selepas mengumumkan perjanjian 'secara prinsip' sudah dicapai dengan penyerang Poland itu untuk berhijrah ke La Liga.

"Barcelona dan Bayern Munich sudah mencapai persetujuan untuk pemindahan Robert Lewandowski bagi keseluruhan 45 juta euro ($64.12 juta) di samping 5 juta euro ($7.12 juta) dalam pelbagai bayaran lain.

"Pemain itu akan menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab. Klausa pembelian semula ditetapkan pada 500 juta euro," kata kenyataan kelab itu.

Lewandowski, 33 tahun, segera menyertai rakan sepasukan barunya di Amerika Syarikat bagi menghadapi beberapa siri perlawanan persahabatan di Miami.

Beliau adalah pemain keempat ditandatangani kelab Catalan itu pada musim panas ini selepas Franck Kessie (AC Milan) dan Andreas Christensen (Chelsea) tiba dengan pemindahan percuma manakala Rapinha dibeli dengan harga 70 juta euro dari Leeds United.

Perjanjian antara Barca dan Bayern sekali gus mengakhiri kontroversi mengenai masa depan Lewandowski yang sebelum ini berkata bahawa "hampir pasti cerita saya bersama Bayern sudah mencapai penghujungnya".

Bayern sebelum ini hanya menawarkan Lewandowski sambungan kontrak setahun yang akan tamat pada musim panas 2023. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg