Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Lewis Hamilton juarai Grand Prix Singapura

Sep 17, 2018 | 12:30 PM



BINTANG terbesar Formula Satu (F1), Lewis Hamilton, mempamerkan persembahan yang mengagumkan di Litar Jalan Raya Marina Bay malam tadi bagi menjuarai Grand Prix Singapura Singapore Airlines 2018.



Sementara itu, jumlah pengunjung yang hadir menyaksikan perlumbaan pula menunjukkan bahawa tarikan acara tersebut masih kukuh di kalangan peminat.



Tahun ini merupakan tahun ke-11 perlumbaan itu diadakan dan acara itu menarik 263,000 pengunjung sepanjang tempoh tiga hari.



Ini merupakan jumlah pengunjung kedua tertinggi sejak acara itu diadakan buat kali pertama pada 2008 dan menarik 300,000 pengunjung.



Penganjur perlumbaan, Singapore GP, berkata jumlah pengunjung tahun ini sekitar 3.5 peratus lebih ramai berbanding jumlah pengunjung secara purata bagi 10 perlumbaan sebelum ini.



Menurut mereka, ini antara lain disebabkan pelbagai pengalaman yang ditawarnya termasuk Paddock Club yang dipertingkat, acara mesra keluarga dan persembahan oleh bintang terkenal seperti Jay Chou dari Taiwan, Dua Lipa dari Britain dan The Killers dari Amerika.



Di Litar Jalan Raya Marina Bay pula malam tadi, ramai peminat dilihat membawa bendera Britain dan cenderahati Mercedes.



Jelas, mereka hadir untuk memberi sokongan kepada Hamilton yang merupakan pemandu Mercedes dari Britain.



Pemandu Red Bull, Max Verstappen menduduki tempat kedua manakala pemandu Ferrari, Sebastian Vettel menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan malam tadi.



“Saya mendapat sokongan besar di sini... peminat di sini dan ramai warga Britain juga datang ke Singapura. Terima kasih,” ujar Hamilton selepas menjuarai perlumbaan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >