Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SETEMPAT

Liga bola jaring buat julung kali tampilkan pasukan luar negara

Brunei dan Thailand akan sertai enam pasukan - lima kelab dan pasukan pilihan Bola Jaring Singapura (NS)
Nov 25, 2020 | 05:30 AM



PERTANDINGAN Liga Super Bola Jaring (NSL) tahun hadapan akan menyaksikan perubahan dengan menampilkan pasukan luar negara buat julung kalinya.



Brunei dan Thailand akan menyertai enam pasukan - lima kelab dan pasukan pilihan Bola Jaring Singapura (NS) - dalam pusingan kedua pertandingan tersebut pada 23 Februari, kata ketua eksekutif NS Cyrus Medora kelmarin.



Liga tersebut, persaingan tertinggi di Singapura, dijadualkan bermula pada 23 Januari, tertakluk kepada persetujuan dari pihak berkuasa di tengah-tengah pandemik koronavirus.



Medora yang membuat ucapan di sebuah acara dalam talian, The Courtside, yang ditayangkan secara langsung di Facebook bola jaring Singapura turut berkata kehadiran pasukan kebangsaan luar negara memberikan persaingan yang lebih sengit untuk kelab tempatan dan akan membantu perkembangan bola jaring di rantau ini agar ia menjadi sukan yang kekal di temasya Sukan SEA.



Brunei dan Thailand berkongsi pingat gangsa dalam tiga edisi sukan dwitahunan itu, manakala Malaysia merupakan juara bertahan sebanyak dua kali sementara Singapura pula memenangi emas di laman sendiri pada 2015.



Perkembangan terbaru ini diterima baik oleh para pemain dan jurulatih.



Jurulatih kelab Blaze Dolphins, Wang Jing Qing, yang pernah memenangi kejuaraan itu sebanyak tiga kali, memberitahu akhbar The Straits Times bahawa ia merupakan pendedahan yang baik untuk pemain.



"Mereka biasanya tidak dapat bersaing dengan pasukan kebangsaan lain dan pasukan ini mungkin mempunyai cara permainan yang berbeza.



"Ketangkasan perlawanan seperti ini juga berbeza jadi ia adalah satu pengalaman yang baik untuk mereka mempelajari cari menyesuaikan diri dan melatih membuat keputusan bijak di dalam gelanggang," katanya.



Naib kapten pasukan kebangsaan, Aqilah Andin, 24 tahun, yang beraksi untuk kelab Swift Barracudas, berkata:



"Ia juga bagus bagi pemain muda yang dapat menyaksikan bagaimana pasukan Thailand dan Brunei beraksi untuk memperbaiki persembahan mereka.



"Bagi pemain kebangsaan, kami juga dapat meraih manfaat kerana kami dapat membuat persediaan lebih baik untuk pertandingan di masa depan apabila kami menentang mereka."



Rancangan lain yang boleh dijangkakan termasuk pertandingan ujian menentang Malaysia dan Sri Lanka, dan Piala Negara-Negara yang diperbaharui yang akan menampilkan lima pasukan berbanding enam: dua pasukan dari Singapura dan tiga pasukan kebangsaan luar negara.



Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Singapura, Annette Bishop berkata ini akan memberi rangsangan kepada lebih banyak pemain untuk melibatkan diri dan mendapatkan pengalaman berharga selain menggalakkan persaingan yang sihat.



Jurulatih kelahiran New Zealand itu berkata: "Ini akan membantu meluaskan lagi jumlah pemain muda yang akan dapat merasakan beraksi untuk pasukan kebangsaan."



Kapten pasukan negara, Charmaine Soh pula berkata perlawanan seperti ini adalah satu peluang keemasan untuk pemain negara beraksi bersama.



Pasukan negara yang ditubuhkan semula selepas kejuaraan NSL tahun ini terpaksa dibubarkan pada Mac lalu menyusuli pandemik Covid-19 dan belum lagi beraksi bersama sejak itu.



Kejohanan seterusnya berkemungkinan akan berlangsung Mei depan di Thailand.



Meskipun terbatas kepada hanya lima pemain di dalam gelanggang, Soh berkata semangat masih tinggi di kalangan rakan sepasukannya, yang masih dahagakan pingat emas di kejohanan di Thailand nanti.



"Sewaktu kami perlu berlatih di rumah secara dalam talian, ia amat sukar. Apabila kami kembali berlatih di gelanggang, kami berasa amat gembira kerana dapat berlatih bersama, dan ini merupakan satu tanda yang positif.



"Kami berasa sangat gembira dalam berlatih bersama di gelanggang dan bekerja keras untuk pertandingan tahun depan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >