Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Liga Eropa: Man U kalahkan Saint-Etienne 3-0

Feb 17, 2017 | 07:43 AM



MANCHESTER: Zlatan Ibrahimovic menjaringkan hatrik untuk Manchester United mengalahkan Saint-Etienne 3-0 dalam perlawanan pertama mereka dalam pusingan 32 pasukan Liga Europa, pada Khamis (16 Feb).



Kemenangan di Old Trafford itu meletak pasukan Jose Mourinho di ambang pusingan 16 pasukan menjelang perlawanan kedua mereka Rabu depan.



Lantas, United kelihatan tidak akan terganggu dengan ketiadaan Ander Herrera dalam perlawanan di di Stade Geoffroy-Guichard kelak, selepas beliau dikenakan kad kuning kerana memegang bola, yang menyebabkan penggantungan satu perlawanan.



Kemenangan itu juga bermakna bintang United Paul Pogba mengatasi abangnya, Florentin, dalam penampilan kompetitif pertama mereka.



Malah, Pogba hampir menjaringkan gol menerusi tandukan tetapi bola terkena palang.



United mendahului pada minit ke-15 apabila Ibrahimovic dianugerahkan sepakan percuma dan tendangannya terkena Vincent Pajot di tembok pertahanan Saint-Etienne lalu bergolek masuk melepasi penjawa gawang Stephane Ruffier.



Mourinho menggantikan Marouane Fellaini dengan Jesse Lingard pada waktu rehat dalam usaha meningkat serangan ke atas Saint-Etienne.



Pada minit ke-75, pemain gantian United, Marcus Rashford, menghantar bola bagi Ibrahimovic menyumbatkan gol keduanya.



Dua minit sebelum perlawanan tamat, Ibrahimovic menjaringkan gol melalui tendangan penalti selepas beliau dijatuhkan oleh Kevin Theophile-Catherine. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >