Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Europa: Man U belasah Feyenoord 4-0

Nov 25, 2016 | 7:14 AM
Wayne Rooney meniarngkan gol pertama Manchester United dalam kemenangan 4-0 ke atas Feyenoord dalam perlawanan Kum[pulan A Liga Europa di Old Trafford pada Khamis (24 Nov).
Wayne Rooney meniarngkan gol pertama Manchester United dalam kemenangan 4-0 ke atas Feyenoord dalam perlawanan Kum[pulan A Liga Europa di Old Trafford pada Khamis (24 Nov). - GAMBAR REUTERS

MANCHESTER: Wayne Rooney menjadi penjaring gol utama Manchester United dalam kempen Eropah mereka apabila pasukan Jose Mourinho meningkatkan peluang mereka mara dalam Liga Europa dengan menenggelamkan Feyenoord 4-0 pada Khamis (24 Nov).

Rooney menyengat pada minit ke-35 bagi gol ke-39-nya dalam perlawanan Eropah, satu lebih banyak daripada Ruud van Nistelrooy, dan hanya kurang satu daripada rekod 249 gol sepanjang zaman Bobby Charlton bagi United.

Dua lagi gol United dijaringkan oleh Juan Mata dan Jesse Lingard, sementara Brad Jones menjaringkan gol sendiri.

Kemenangan itu meletak United di tempat kedua Kumpulan A, satu mata di belakang pendahulu Fenerbahce.

United hanya perlu seri dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang Zorya Luhansk untuk mara ke pusingan suku akhir 32 pasukan.

Mourinho membuat enam perubahan ke atas pasukan United yang seri 1-1 dengan Arsenal Sabtu lalu, paling ketara ialah penampilan pertama Henrikh Mkhitaryan sejak 10 September.

Pemain Armenia yang dibeli daripada Borussia Dortmund itu tidak menunjukkan sebarang tanda berkarat dan menjadi sumber ancaman sepanjang perlawanan. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg