Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Europa: Southampton tewas 1-0 kepada Sparta Prague

Nov 25, 2016 | 7:44 AM
Pemain Southampton Sofiane Boufal bersaing dengan pemain Sparta Prague Costa Nhamoinesu (jersi kuning) dalam perlawanan Kumpulan K Liga Europa di Generali Arena, Prague pada Khamis (24 Nov).
Pemain Southampton Sofiane Boufal bersaing dengan pemain Sparta Prague Costa Nhamoinesu (jersi kuning) dalam perlawanan Kumpulan K Liga Europa di Generali Arena, Prague pada Khamis (24 Nov). - GAMBAR REUTERS

PARIS: Harapan Southampton untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Europa tergantung selepas pasukan Claude Puel itu tewas 1-0 kepada Sparta Prague pada Khamis (24 Nov).

Gol babak pertama oleh Costa Nhamoinesu, daripada bola sepakan percuma Borek Dockal, melepasi penjawa gawang Fraser Forster, dalam perlawanan di Arena Generali di Prague.

Saints jarang mengancam dalam perlawanan itu, sekali gus melepaskan peluang melangkah ke pusingan 32 pasukan terakhir seandainya mereka menang.

Kini Southampton perlu menanti hingga perlawanan akhir Kumpulan K menentang Hapoel Beer-Sheva di St Mary pada 8 Dis untuk menentukan nasib mereka, manakala kemenangan itu menjadikan Sparta juara kumpulan.

Di Israel, Hapoel bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat kemenangan luar biasa 3-2 ke atas Inter Milan, yang tersingkir daripada kejuaraan itu.

Southampton dan Hapoel terikat dengan tujuh mata dan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu perlu sama ada seri 0-0 atau menang ke atas Hapoel untuk mencapai pusingan 32 terakhir.

Dalam perlawanan lain, pendahulu liga Perancis Nice tersingkir selepas tewas 2-0 kepada Schalke, yang sudah layak ke pusingan seterusnya dengan memenangi semua lima perlawanan dalam Kumpulan I.

Fiorentina juga belum menjamin tempat mereka dalam pusingan kalah mati apabila gol pada masa kecederaan oleh pemain Belanda Garry Rodrigues memberi pasukan Greek PAOK kemenangan 3-2 dalam Kumpulan J. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg