Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA AFC

Dua pemain Sailors dihantar pulang sebab langgar disiplin

Apr 23, 2022 | 07:01 AM



HANYA beberapa hari selepas ia meraikan kemenangan bersejarah ke atas sebuah pasukan dari liga utama Korea, wakil tunggal negara di Liga Juara-Juara AFC kini berdepan dengan cabaran dari dalam dan luar padang yang mengancam kemaraannya dalam pertandingan itu.



Pasukan Lion City Sailors yang dibintangi sebahagian besar pemain nasional bukan sahaja diikat seri oleh Shandong Taishan, malah kini harus melengkapkan baki perlawanan dalam Kumpulan F dengan skuad yang lebih kecil, lapor The Straits Times (ST).



Ini selepas dua pemain, M. Anumanthan dan Tajeli Salamat dihantar pulang dari tempat perlawanan kumpulan yang diadakan di Buriram, Thailand, kerana melanggar peraturan pasukan.



Difahami, Anumanthan dan Tajeli, yang juga pemain nasional, tidak mematuhi arahan kelab supaya berada di hotel selewat-lewatnya 10 malam pada Selasa.



Berikutan pelanggaran tersebut, Tajeli terlepas menjalani ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) pada pagi berikutnya.



Difahami juga, perbuatannya itu mencetus siasatan dalaman yang berkesudahan dengan kededua pemain itu dihantar pulang.



Dalam kenyataannya, kelab itu berkata kededua pemain telah mengaku salah atas perbuatan mereka dan memohon maaf kepada pasukan.



"Pasukan ini... akan menangani perkara ini selepas pulang ke Singapura di akhir kempen. Kelab ini tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut pada masa ini," kata kelab itu dalam kenyataannya.



Jurulatih Sailors, Kim Do-hoon, tidak mengulas lebih lanjut mengenai kes itu selepas perlawanan dengan Shandong kelmarin.



Namun beliau tidak dapat membendung kemarahannya kerana pasukannya telah melepaskan peluang untuk mengutip tiga mata penting.



Malah, keputusan seri itu boleh mendatangkan padah yang lebih ketara kerana Daegu FC - pasukan dari Korea Selatan yang ditewaskan Sailors di awal minggu ini - berjaya menewaskan Urawa Red Diamonds 1-0 dan kini mendahului kedudukan dalam Kumpulan F.



Urawa, yang berasal dari Jepun di tempat kedua, diikuti Sailors di tempat ketiga.



Hanya juara kumpulan mara ke pusingan selanjutnya secara automatik, dengan tiga naib juara terbaik turut melayakkan diri.



"Ini adalah satu pengajaran dan kami tahu kami boleh beraksi dengan lebih baik," kata kapten pasukan Hariss Harun.



Sailors dan Shandong bertemu sekali lagi esok dalam pertemuan yang perlu dimenangi Sailors jika ingin memelihara peluang ke pusingan selanjutnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >