Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ASIA

Liga Juara-Juara AFC: Tampines hadapi saingan hebat

Jan 29, 2021 | 05:30 AM



PENAMPILAN pertama Tampines Rovers dalam Liga Juara-Juara AFC tahun ini menemukannya dengan dua bekas juara pertandingan tersebut.



Tampines, yang dipilih menyertai Kumpulan H pada peringkat kumpulan, akan bertemu juara Korea Selatan dan juara dua kali Liga Juara-Juara (2008 dan 2016) Jeonbuk Hyundai Motors FC dan juara Liga Juara-Juara 2008 Gamba Osaka, yang juga naib juara Liga J musim lalu.



Kelab Liga Perdana Singapura (SPL) itu juga akan bertemu juara Liga Australia Sydney FC.



Peringkat kumpulan dijadual antara berlangsung 21 April dengan 7 Mei dalam dalam format round-robin di sebuah tempat sama, yang belum ditentukan.



Pemilihan kumpulan dibuat di ibu pejabat Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur kelmarin.



Pengerusi Tampines Desmond Ong memberitahu The Straits Times: "Tiada perlawanan mudah pada peringkat ini dan kami memang ingin menguji diri kami dengan pasukan terbaik. Lagipun, kami ingin meneruskan proses ini dan beraksi dalam Liga Juara-Juara saban tahun... kami hanya dapat berjanji memberi yang terbik."



Meskipun rancangan bagi Tampines beraksi di luar negara belum jelas dek pandemik Covid-19, Ong berkata beliau tidak bimbang dan memberi sokongan kepada AFC untuk menjalankan pertandingan berjaya seperti tahun lalu.



Ini kali pertama Singapura diwakili dalam pertandingan kelab terunggul Asia itu sejak 2010.



Pemain Singapura lain yang dijangka beraksi dalam liga itu tahun ini ialah kapten Johor Darul Takzim (JDT) daripada Liga Super Malaysia, Hariss Harun.



Pemain nasional Irfan Fandi juga akan beraksi buat kali pertama, dengan pasukannya BG Pathum dari Liga Thailand beraksi dalam Kumpulan F bersama juara bertahan Ulsan Hyundai dari Korea Selatan, Viettel dari Vietnam dan sebuah lagi pasukan yang akan ditentukan.



Sementara itu sebuah lagi kelab SPL, Lion City Sailors, dulu dikenali sebagai Home United, akan bertemu bekas jurulatihnya Aidil Shahrin Sahak dan kelab barunya Kedah dalam Kumpulan H Piala AFC. Aidil, 43 tahun, memimpin Home menjuarai final zon Asean Piala AFC 2018.



Kumpulan H turut menampilkan Saigon FC dari Vietnam dan pemenang play-off antara Visakha (Kemboja) dan Lalenok United (TImor Leste.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >