Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Juara-Juara: Atletico Madrid kalahkan Bayern Munich 1-0

Apr 28, 2016 | 10:41 AM
Saul Niguez bergerak melepasi pemain Bayern Munich Xabi Alonso sebelum menjaringkan gol bagi Atletico Madrid.
Saul Niguez bergerak melepasi pemain Bayern Munich Xabi Alonso sebelum menjaringkan gol bagi Atletico Madrid. - REUTERS

CANNING: Satu usaha solo sensasi oleh Saul Niguez memberi Atletico Madrid kemenangan 1-0 ke atas Bayern Munich dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Vicente Calderon pada Rabu (27 Apr).

Pemain Bawah-21 Sepanyol itu melepasi empat pemain Bayern sebelum menendang ke penjuru gawang untuk memberi Atletico permulaan baik selepas 11 minit.

Bayern banyak menguasai perlawanan selepas itu, tetapi paling hampir mereka menyamakan kedudukan ialah apabila percubaan jarak jauh hebat David Alaba terkena palang gol.

Atletico akan ke Bavaria bagi perlawanan kedua pada Selasa depan dengan harapan mara ke final buat kali kedua dalam tiga tahun dan membalas dendam kekalahan mereka kepada Bayern dalam perlawanan akhir 1974. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg