Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Juara-Juara: Atletico singkir Bayern untuk ke final

May 4, 2016 | 7:19 AM
Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann (kanan), merai dengan rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol terhadap Bayern Munich dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara pada 3 Mei 2016.
Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann (kanan), merai dengan rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol terhadap Bayern Munich dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara pada 3 Mei 2016. - AFP

MUNICH: Atletico Madrid mara ke final Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tiga musim pada Selasa (3 Mei), melalui gol di tempat lawan selepas kekalahan 2-1 di Bayern Munich, dengan kedudukan agregat terikat 2-2.

Atletico akan berdepan sama ada Real Madrid, yang mengalahkan mereka dalam perlawanan akhir 2014, atau Manchester City, yang akan bertemu dalam separuh akhir kedua pada Rabu.

Pasukan Sepanyol itu merosakkan peluang Bayern memenangi tiga kejuaraan selepas mereka memenangi perlawanan pertama 1-0 minggu lepas.

Bayern mendahului dengan gol oleh Xabi Alonso pada minit ke-31 tetapi Atletico menyamakan kedudukan melalui gol Antoine Griezmann pada minit ke-54.

Robert Lewandowski menjaringkan gol pada minit ke-74 tetapi ia tidak mencukupi untuk Bayern.

Thomas Mueller gagal menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa pertama untuk Bayern dan bagi Atletico, sepakan penalti Fernando Torres gagal memasuki gawang pada minit ke-85. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg