Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Juara-Juara: Barcelona belasah Celtic 7-0

Sep 14, 2016 | 7:52 AM
Lionel Messi merai gol kedua yang dijaringkannya bagi Barcelona bersama Neymar.
Lionel Messi merai gol kedua yang dijaringkannya bagi Barcelona bersama Neymar. - GAMBAR REUTERS

BARCELONA: Lionel Messi menjaringkan hatrik dan Neymar membantu empat kali apabila Barcelona melancarkan kempen Liga Juara-Juara dengan bergaya, membelasah Celtic 7-0 pada Selasa (13 Sep).

Messi dan Neymar bersatu semula dengan Luis Suarez dari awal buat kali pertama musim ini dan tidak mengambil banyak masa untuk serasi semula, dengan masing-masing menyumbatkan gol.

Dua gol daripada Messi, sebelum dan sesudah Moussa Dembele gagal menjaringkan gol bagi Celtic daripada tendangan penalti, meletak Barca selesa di depan pada akhir separuh masa pertama.

Dan Barcelona tidak rihat selepas pada separuh kedua, apabila satu gol masing-masing oleh Neymar, Messi dan Andres Iniesta, dan sementara Suarez melengkapkan kemenangan ke atas juara Scotland itu dengan dua gol.

Namun, Barca boleh menghadapi sekatan lanjut daripada Uefa selepas beribu-ribu bendera pemisah Catalan sekali lagi diterbangkan di Camp Nou.

Juara Sepanyol itu didenda 150,000 euro ($230,000) oleh Uefa dek bendera tersebut semasa pertandingan musim lalu, dengan 50,000 euro digantung selama dua tahun. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg