Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Juara-Juara: Benfica kalahkan Dortmund 1-0

Feb 15, 2017 | 7:55 AM
Kostas Mitroglou menjaringkan gol bagi Benfica mengalahkan Borussia Dortmund 1-0 dalam perlawanan pertama mereka dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Selasa (14 Feb) di Stadium Cahaya di Lisbon, Portugal.
Kostas Mitroglou menjaringkan gol bagi Benfica mengalahkan Borussia Dortmund 1-0 dalam perlawanan pertama mereka dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara pada Selasa (14 Feb) di Stadium Cahaya di Lisbon, Portugal. - GAMBAR REUTERS

LISBON: Borussia Dortmund mensia-siakan peluang demi peluang, termasuk penalti pada babak kedua, sebelum kalah 1-0 kepada Benfica dalam perlawanan pertama mereka dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Pusingan 16 pada Selasa.

Kostas Mitroglou menjaringkan gol sejurus selepas separuh masa pertama dan penjaga gol Ederson menyelamatkan beberapa percubaan baik Dortmund untuk membantu Benfica bertahan bagi kemenangan di Stadium Cahaya.

Pierre-Emerick Aubameyang gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-58, apabila rembatannya dihalang oleh Ederson.

Benfica kini akan berusaha mara ke suku akhir buat dua musim berturut-turut pada perlawanan kedua mereka pada 8 Mac di Jerman. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg